
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menegaskan air di Tangki R13 yang membekalkan air ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah mencukupi dan tidak pernah kosong atau di bawah paras yang tidak membolehkan air dipam oleh UMS.
Keperluan air untuk UMS hanyalah 5 juta liter sehari (MLD) dan air yang dibekalkan di Tangki R13 adalah lebih dari mencukupi untuk memenuhi keperluan ini.
JANS menasihatkan UMS untuk meningkatkan operasi pengepaman air yang mencukupi untuk keperluan harian mereka. Jika kapasiti pam semasa tidak lagi dapat menampung keperluan, maka UMS perlu menggantikan dengan pam yang berkapasiti tinggi atau yang lebih efisien bagi memenuhi keperluan yang dikehendaki.
JANS difahamkan bahawa UMS sedang membina tangki dan pemasangan pam baharu bagi menangani isu air di UMS.
JANS kekal komited terhadap ketelusan, kecekapan teknikal dan penyelesaian bersama UMS secara profesional, demi kepentingan para pelajar, warga kampus dan masyarakat umum.






















Leave a Reply