Mana Kenyataan Rasmi KM Hajiji GRS Bertanding Solo? Tidak Ada Tapi Tidak Mustahil

Sejak kebelakangan ini macai UMNO dan Warisan cuba membina naratif memperbodoh rakyat Sabah kononnya GRS tidak jadi bertanding solo. Pui!

Dengan demikian rakyat Sabah akan beranggapan kononnya kepimpinan GRS tidak konsisten.

Macai ingat kepimpinan GRS macam kepimpinan UMNO. Sebelum Pilihan Raya 2022 bertegas tidak akan bekerjasama dengan PH khususnya DAP dan Anwar Ibrahim.

Pelbagai cara digunakan untuk menutup berita bocor dimana Presiden UMNO telah berpakat dengan PH untuk membentuk kerajaan, sekiranya jumlah kerusi mengizinkan. Tapi akhirnya terbukti, usai pilihan raya UMNO dan PH bekerjasama membentuk Kerajaan Persekutuan, hari ini dikenali sebagai Kerajaan Madani.

Yang aku tidak faham, Kenapa segala jentera yang digelar Macai, Cybertrooper, Laskar, Badut, last bak kata Najib Razak penghabis beras. Sudah buta agaknya.

Tidak nampak yang sebelum ini kerajaan Sabah ditadbir oleh GRS, PH dan UMNO. Tapi Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar culas bila berpakat dengan Warisan cuba merompak jawatan Ketua Menteri Sabah dari Datuk Hajiji Noor atau GRS. Namun berjaya digagalkan bila beberapa Adun UMNO dan Warisan sendiri tidak bersetuju lalu menyokong GRS. Selepas Langkah Kinabalu itu UMNO ditendang dari Kerajaan Negeri Sabah. Padan muka!

Itu bererti kerjasama GRS dan PH akan bertahan sehingga pilihan raya negeri ke 17 akan datang, sepatutnya kalau ikut logik akal tanpa UMNO. Tapi Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO Malaysia macam orang gila talak sudah. Tunggu sajalah langkah mereka yang penting ini Sabah kita orang yang jaga, jangan main main.

Macam juga PH dan UMNO di Semenanjung mulanya bekerjasama hanya untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Tapi berlanjutan ke pilihan raya negeri dimana UMNO dan PH akan bersetuju pada satu calon dan dipastikan akan mendapat kemenangan. Walaupun sumbangan UMNO sangat minima. Hahaha!

Bukan lagi rahsia, yang sebenarnya GRS enggan bekerjasama dengan UMNO Bung Mokhtar, begitu juga dengan PH Sabah. Sebab itu sehingga hari ini tidak ada satupun pemimpin PH Sabah menyokong kenyataan Zahid Hamidi pasal kerjasama dengan mereka bagi menghadapi pilihan raya Sabah ke 17.

Yang saya mau tanya pada sekalian penyokong dan laskar UMNO berkaitan naratif memperbodoh itu ialah;

Mana pernyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor bahwa GRS rasmi bertanding solo pada pilihan raya negeri Sabah akan datang?

TIDAK ADA YANG ADA SEDIA BERTANDING SOLO TAPI TIDAK MUSTAHIL. Kenyataan bertanding solo timbul bila surat UMNO keluar dan Zahid Hamidi sendiri mendakwa bahawa UMNO dan PH bekerjasama secara rasmi.

Sedangkan yang sepatutnya mengepalai perundingan atau perbincangan adalah GRS, itu pun jika benar ada perbincangan antara PH dan UMNO sebelum itu. Tapi rupanya kenyataan Zahid Hamidi itu tidak mendapat persetujuan total PH Sabah.

Jadi maksud KM Hajiji kalau begitu marilah berlawan dan GRS sedia bertanding solo. Ternyata kenyataan bertanding solo pada pilihan raya negeri ke 17 dapat sambutan hangat rakyat Sabah, dalam masa sama membuat UMNO dan Warisan seram sejuk. Itu yang macai spin tu kononnya u turn. U turn kepala otak kamu orang, ada lah. Hahaha!

Malah hasil pertemuan Anwar dan kepimpinan PH Sabah semalam. PM Anwar menyerahkan pada kepimpinan PH Sabah untuk menentukan hala tuju mereka menjelang pilihan raya negeri Sabah ke 17.

Zahid Hamidi oiii, kalau memang anak jantan. Memandangkan GRS dan PH Sabah malu bekerjasama dengan UMNO. Bagaimana kalau UMNO bertanding solo dan gunakan lambang UMNO bukan BN pada pilihan raya negeri Sabah ke 17 nanti.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading