Siapa Dan Kenapa Persoal Sambutan Hari Jadi TYT Sabah, Ini Jawapannya

Siapa yang persoalkan sambutan hari jadi TYT Sabah?

Jangan ada yang menafikan fakta ini, mereka pelajar yang diperalatkan oleh pembangkang Warisan atau UMNO ? Ini berdasarkan peristiwa sebelum ini. Kenampakan kelibat pemimpin muda UMNO dan Warisan di perhimpunan yang dianjurkan oleh Suara “Mahasiswa” UMS.

Hairan saya Sabah begini membangun, harmoni dan aman. Tapi masih lagi ada manusia manusia tamak, hipokrit tidak bertanggungjawab tegar mencetuskan keadaan sebaliknya hanya kerana nafsu politik.

Sedangkan mereka pernah diberikan mandat tapi gagal memikul tanggungjawab sebagai kerajaan negeri dan pusat.

Ekonomi Sabah mencatatkan penurunan yang sangat ketara, kadar pengangguran meningkat mendadak. Untung kepimpinan GRS cepat mengambil tampuk kerajaan negeri Sabah dari Warisan. Jika tidak keadaan Sabah akan lebih sukar dipulihkan dan lebih mudah anasir luar memporak parandakan sosial ekonomi rakyat dan negeri Sabah.

Untuk makluman gangguan air di UMS berlaku sejak puluhan tahun yang lalu termasuklah semasa kerajaan Warisan. Ironinya Warisan hari ini sibuk mempolitikkan gangguan air, sedangkan sewaktu kerajaan Warisan mereka tidak melakukan sebarang inisiatif. Hanya sibuk menukar syarikat syarikat yang menjalankan projek di GLC negeri. Inilah kerja kepimpinan Shafie sejak lagi menerajui Kementerian KKLW.

Malah gangguan air bertambah setelah syarikat konsesi air yang masih ada baki kontrak ditamatkan dan diganti dengan syarikat kroni Warisan yang tidak ada pengalaman dan kemampuan kewangan.

Berulang kali dijelaskan bahwa keperluan frasarana UMS dibawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan termasuklah bekalan air. JANS hanya bertanggungjawab menyediakan bekalan air bersih hingga ke meter pengguna. Setelah itu ia menjadi tanggungjawab pengguna untuk diagihkan dalam hal ini pihak UMS. Seperti mana keterangan JANS dibawah.

Tapi kenapa alat pembangkang terus mempolitikkan bekalan air dengan menyalahkan kerajaan negeri termasuk TYT Sabah? sedangkan tanggungjawab mereka sudah ditunaikan.

Hanya era kerajaan GRS, Perdana Menteri menyalurkan peruntukan untuk menyelesaikan isu air UMS walaupun yang melaksanakannya Jabatan Perdana Menteri bukan pihak UMS atau pun kerajaan negeri Sabah.

Era kerajaan Warisan bantuan apa yang UMS terima dari pusat?

Tadi aku menulis pasal si Fahmi budak Selangor yang disekat memasuki Sabah setelah  membuat kejahatan di negeri tercinta Sabah.

Fahmi Reza Tidak Boleh Masuk Sabah – Ini Hak “Negara” Sabah

Artikel ini pula pasal Suara “Mahasiswa” UMS yang menuntut supaya sambutan hari jadu TYT Sabah dibatalkan. Seruan yang tidak munasabah dan sangat kurang ajar.

Itu rupanya muka wakil Suara Mahasiswa UMS. Muka tidak mewakili pemikiran dan sikap rakyat Sabah yang terkenal saling peduli dan malu menunjuk nunjuk. Apa lagi membuat perkara hingga menyusahkan hidup orang lain.

Apa salahnya sambutan berkaitan TYT Sabah diraikan. Bukan kah sudah menjadi kelaziman termasuk semasa Tun Juhar menjadi TYT era kerajaan Warisan.

Pertanyaannya, kenapa semasa kerajaan Warisan dan Bung Mokhtar sebagai Menteri JKR Sabah tidak ada seorang pun anggota Suara Mahasiswa UMS menuntut agar sambutan hari jadi TYT dibatalkan dan kerosakan  jalan raya, gangguan air dan letrik agar dibaiki?

Isu rasuah, Presiden Warisan Shafie Apdal sendiri terpalit dan pernah di dakwah di Mahkamah kerana rasuah. Tapi kenapa tidak diungkit dan dipersoalkan oleh “Mahasiswa” . Malah di sorong menjadi Ketua Menteri Sabah. Macam mana tu? tidak masuk akal.

Untuk makluman diluar sana. Projek Pan Borneo sengaja dibatalkan oleh kerajaan Warisan, supaya kontraktornya bertukar menjadi kroni Warisan. Macam yang mereka lakukan ke atas Syarikat Konsesi Air walaupun kontrak nya masih ada tapi ditamatkan dan diganti dengan syarikat milik kroni. Menyebabkan gangguan air semakin bertambah dan kerajaan negeri GRS terpaksa membayar denda mencecah RM300 juta.

Wang sebanyak itu boleh digunakan untuk membina dan membaiki frasarana di kampung kampung.  Itu saya kata kepimpinan Warisan hanya bertanggungjawab di mulut tapi realitinya sangat tamak dan pentingkan diri.

Sejak kerajaan GRS banyak betul NGO negatif yang bermunculan. Pui!

Sambutan TYT juga diraikan di Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang. Ia diraikan tanpa mengira bangsa dan agama. Tapi tidak pernah kita mendengar rakyatnya menuntut agar sambutan berkaitan TYT dibatalkan atas alasan apa pun.

Jawatan TYT/Gabenor wujud di Sabah pada tahun 1963 bererti sudah lebih 62 tahun hari jadi TYT diraikan dan sudah menjadi adat rakyat Sabah untuk meraikannya. Hanya hari ini, baru saya mendengar suara sumbang menuntut sambutan ulang tahun atau hari jadi TYT Sabah di batalkan.

Aku tidak kenal Alif Danial, anak siapa dan apa bangsanya. Yang jelas dia telah menunjukkan sikap kurang ajar, cetek akal dan atitud yang tidak sedar diri.

Wahai anak muda Sabahan ambillah pengajaran dari pergolakan yang di cetuskan oleh pelajar di negara jiran kita Indonesia. Saya jamin Indonesia negara yang paling banyak terlibat dengan aktiviti tunjuk perasaan. Tapi adakah tunjuk perasaan telah menjadikan Indonesia maju dan rakyatnya semakin cerdik, hidup sejahtera serta harmoni? TIDAK malah semakin memburuk, kualiti pelajarnya semakin di ejek kekurangan zat, semakin ramai rakyatnya berhijrah ke luar negara semata mata untuk mencari kelebihan hidup.

Nanti kamu akan mendengar pendapat mereka memuji kecekapan dan kebaikan kerajaan Sabah, Malaysia yang telah memberikan mereka peluang.

Bukan kerana isu yang mereka bangkitkan tidak benar tapi kekacauan yang tercetus menyebabkan pentadbiran kerajaan Indonesia tidak stabil, kerajaan dan rakyatnya saling mencurigai akhirnya rakyat miskin yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan.

Sabahan Vs Warisan. Hahaha!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading