
Ini baru ngam ambil tindakan dilarang memasuki Sabah dan sewajarnya dikenakan terhadap siapa pun yang sengaja mencari onar di Sabah. Mencari onar dalam erti kata mereka sendiri tidak pasti kebenaran satu satu isu tapi pandai pandai membuat dakwaan negatif terhadap mana mana pemimpin Sabah atau lebih khusus terhadap Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor secara peribadi, selepas ini.
Sebelum ini si Fahmi Reza sengaja melakar gambar Musa Aman dengan niat untuk mencetuskan persepsi negatif dikalangan rakyat Sabah khususnya. Wahal Mahkamah telah membuat penghakiman bahawa Musa Aman tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dihadapinya. Tapi tetap saja pembangkang seperti Warisan menafikannya dan menggerakkan pelbagai usaha termasuk memperalat golongan muda, terutama kalau boleh saya kutip dakwaan netizen, anak anak bekas pendatang kerna golongan ini mudah ditiupka sentimen perkauman.
Silakan anak muda yang menjadi alat pembangkang di Sabah supaya muhasabah diri. Siapa ibu bapa kita sebelum ini senang mana mereka dan bagaimana keadaan kita sekarang? siapa yang telah mengambil hak kita? kenapa orang muda lain tidak mencetuskan masalah, walhal mereka juga ada hak.
Paling penting dan biar menjadi nasihat. Jangan sampai ada diantara bangsa anak muda yang terbabit menjadi mangsa keadaan dan sistem.
Sebagai rakyat Sabah kamu tidak perasaan kah disana ada kejahatan jangka panjang yang dirancang disebalik nama pembangkang?
Lepas itu kenapa si Fahmi datang Sabah, masa Kaamatan? untuk mencetuskan onar yang bererti tidak menghormati adat budaya rakyat Sabah?
Apa mereka ingat mentang mentanglah masa depan negeri ini sering dikaitkan golongan muda maka Tuhan akan membenarkan apa saja niat jahat yang tertanam dalam diri mereka, walaupun nanti menyusahkan dan mengorbankan hak orang lain.
Kamu tahu kah kenapa si Fahmi berani bertindak sedemikian. Sanggup merentas Laut Cina Selatan hanya semata mata menampal lakaran gambar Musa Aman di bandar Kota Kinabalu. Sebab belum ada Undang Undang yang membatasinya. Kartun Satira tidak sangkut di Mahkamah.
Jadi jalan terbaik untuk menghukum orang macam Fahmi itu ialah halang dia memasuki Sabah. Gunakan kuasa Imigresen yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.
Ada yang mencadangkan bagaimana mykad anak muda yang terbabit membuat onar di Sabah, sepatutnya di gunting dan dibuang dari rekod JPN. Mungkin berasal dari Ic projek? BUAT MASA INI SAYA TIDAK BERSETUJU MACAM KURANG BERSAMBUNG. HAHAHA
Sabahan Vs Warisan. Hahahah!





















