Shafie Kekal UMNO Jika Menteri KKLW Dikekalkan Oleh Najib Razak

Kenyataan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia, berhubung skandal 1MDB yang memuncak ketika itu.

Dalam satu video yang tular ketika itu. Muhyiddin Yassin bercakap soal wang rakyat yang diseleweng oleh Najib Razak melalui skandal 1MDB tapi dinafikan oleh Shafie sebagai berkata, pandangan peribadi Muhyiddin mengenai 1MDB bukan untuk berpaling tadah dan mencetuskan polemik sebaliknya ia penjelasan secara dalaman sesama ahli UMNO.

Dan menurut lagi Shafie luahan Muhyiddin itu tidak menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir.

Tapi tidak lama selepas itu Shafie mengikut jejak Muhyiddin “meninggalkan” UMNO dan menyokong Tun Dr Mahathir.

Baru saya faham kenapa Shafie meninggalkan UMNO bukan sebab 1MDB. Tapi hanya bila mendapat tahu jawatan Menteri KKLW yang di sandangnya akan diberikan pada orang lain.

Najib Razak terpaksa merombak Kementerian KKLW kerana banyak isu penyalahgunaan kuasa selain bagi mengurangkan isu penyelewengan yang dihadapi oleh kerajaan persekutuan.

Apa bila Muhyiddin di pecat UMNO mulai goyang. Shafie nampak keadaan itu, dia pun mulai bercakap pasal 1MDB hingga di pecat.

Sebab itulah hanya sekejap Shafie bercakap pasal 1MDB setelah di pecat. Lama kelamaan dia bercakap pasal perjanjian Malaysia 1963 walaupun Najib masih sebagai Perdana Menteri.

Padan pun ramai rakyat Sabah yang tidak percaya pada agenda hak dan pembangunan Sabah yang dibawah oleh Shafei Apdal setelah di pecat dari UMNO. Iyalah hak dan pembangunan apa lagi kalau berbilion peruntukan Kementerian KKLW di seleweng oleh Menterinya, Shafie.

Kalau Shafie sebagai Menteri KKLW bertanggungjawab dan amanah tidaklah sampai hari ini rakyat Sabah masih bercakap soal bekalan air, letrik dan jalan raya.

Jadi kita boleh berpendapat seperti ini. Shafie tidak kisah pun pasal 1MDB jika jawatan Menteri KKLW yang di sandangnya dikekalkan oleh Najib Razak. Ini juga bermakna agenda mengubah Sabah yang dilaungkan Shafie hanyalah retorik dan untuk menyelamatkan diri.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading