Dibawah kenyataan media Ketua Menteri Sarawak susulan surat “Pelajar” UMS yang mengadu perihal gangguan air di UMS.
Hakikatnya gangguan air hanya berlaku di satu atau dua blok asrama. Tapi sengaja dipolitikkan sampai kumpulan pelajar berkenaan nampak bengap. Tidak tahu kalau setiap Universiti Awam sendiri dibawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
Pihak pemerintah Sabah sendiri telah berulang kali menjelaskan keadaan sebenar; Kenapa berlaku gangguan air dan pengurusan UMS dibawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
Tapi tetap saja barua politik mengada ngada seolah olah total dibawah tanggungjawab kerajaan Negeri Sabah atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
Selepas kenyataan balas Ketua Menteri Sarawak ini, masih lagi pelajar UMS yang menjadi alat pembangkang mengada ngada dan beretorik menyalahkan kerajaan negeri, walaupun sudah nampak bodoh?
Jangan heret UMS ke lapangan politik, kalau tidak suka pindah Universiti di Semenanjung masih banyak dan negara jiran lagi banyak walaupun tidak berkualiti. Pergilah ajak sekali kawan kawan yang suka berdemo tanpa alasan yang musabah itu.
Ketua Menteri Sarawak menjawab bahawa beliau akan memanjangkan isu tersebut ke pengetahuan Menteri Pendidikan Tinggi, Zamry Addul Kadir iaitu pihak yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan.
Zamry Kadir pun sama. Semasa melawat ke UMS pada 2024. Beberapa pelajar berdemo pasal gangguan air di depan matanya, tapi tidak juga diambil tindakan. Hemmm.
Dua pemimpin UMNO dan seorang pemimpin Warisan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah. Kenapa kedudukan itu tidak digunakan untuk serba sedikit mengurangkan gangguan air di UMS? paling tidak bagi penjelasan pada kumpulan “pelajar” berkenaan. Hemmm!























Leave a Reply