
Jangan kamu ingat orang orang yang menyokong kenyataan Bung Mokhtar atau mana mana pemimpin UMNO di media sosial itu rakyat Sabah yang berkecuali ah.
Kalau saya tengok mereka memang Cybertrooper UMNO Sabah yang lain Cybertrooper UMNO di import dari Malaya.
Kalau ada yang belum maklum Cybertrooper UMNO pernah di marah di khalayak ramai oleh Najib Razak sebagai jentera penghabis beras. Hahaha!. Serius ni.
Ternyata benar tuduhan Najib, UMNO Semenanjung tumbang pada pilihan raya 2018
Cybertrooperr Warisan juga pernah dihina sebagai besi buruk atau jentera besi buruk yang tidak berguna oleh Naib Presiden Warisan. Besi buruk bererti tidak pandai buat kerja atau tidak ada ilmu hingga Warisan menerima kesan buruknya. Kalau tidak silap ketika itu Warisan berhadapan dengan pilihan raya negeri 2020.
Parti Warisan juga ada Bahagian di Semenanjung jadi sudah tentu pasti mereka akan ikut menyalahkan kerajaan GRS. Walaupun tidak tahu apa apa.
Ternyata benar tuduhan jentera Warisan sama dengan besi buruk, Parti Warisan tumbang pada pilihan raya negeri 2020.
Namun demikian tidak semua kelemahan Warisan disebabkan kegagalan Cybertrooper. Hakikatnya ramai pemimpin Warisan yang tidak ada kredibiliti sebagai Ketua dan wakil rakyat. Ini kerana kehadiran mereka dalam politik bukan kerana tuntutan keadaan tapi sekadar memenuhi kuota sebagai calon pilihan raya ketika itu.
Sebab itu jugalah walaupun ketika Warisan sebagai kerajaan negeri tapi ramai ahlinya yang meninggalkan Warisan. Termasuk yang ada jawatan di peringkat Bahagian.
Begitu juga UMNO tidak semua dari kesalahan Cybertrooper. Hakikatnya UMNO lemah kerana ramai pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan dibicarakan di Mahkamah.
Aku sendiri bha, lebih dari sekali dibuatkan laporan Polis. Hanya kerana aku mengkritik kepimpinan dan kerajaan Warisan.
Bayangkan ada satu akuan palsu bukan milik saya tapi mereka buatkan laporan Polis. Hanya kerana gaya bahasa yang digunakan, terus mereka ingat itu Jalin Luin. Pui!
Dua parti ini sukar dipisahkan dari gosip rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Apa lagi Shafie bekas Naib Presiden UMNO Malaysia kerana itu cara kepimpinannya masih berbau UMNO.
Nah sekarang Cybertrooper UMNO Malaya sudah menyeberang. Berhati hati kamu dengan jangan pernah mempercayai maklumat yang mereka sebarkan. Seperti juga tu pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa menafikan tuduhan dalam masa yang sama menyalahkan orang lain walaupun tidak berkaitan.
#gasak17






















Leave a Reply