
Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad gagal mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan mereka membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Pertuduhan Mahkamah bermula pada 2019. Bung Moktar ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019, dengan dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Sebelum ini Mahkamah Sesyen membebaskan Bung dan isteri dari semua tuduhan rasuah. Tapi Persatuan Peguam tidak berpuas hati lalu mencabar keputusan itu di Mahkamah Rayuan. Hari ini Mahkamah Rayuan mendapati keputusan Mahkamah Sesyen melepaskan Bung Mokhtar dan isteri dari pertuduhan telah berlaku kesilapan.
Ini kerana walaupun tidak ada saksi orang yang mengukuhkan tuduhan. Tapi ada rakaman suara sewaktu pegawai SPRM menyiasat Bung Mokhtar dan isteri.
Kiranya pada 18hb Ogos 2025 ini Bung dan isteri akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen. Macam gasing kan? Bukan apa sebab menjatuhkan hukum bersalah atau tidak bukan bidang kuasa Mahkamah Rayuan. Begitu kah?
Selain perintah dari Istana ada lagi kah cara memanjangkan tempoh perbicaraan. Macam ada, mana tau keputusan Mahkman Sesyen kelak mendapati Bung tidak bersalah, macam sebelum ini. Hahaha!
Kalau pada 18 Ogos peguam Bung masih mati kutu, itu bererti politik Bung sudah berakhir.
Aku sebenarnya boleh menerima politik Bung Mokhtar walaupun kuat meracau dan cakap terbalik. Tapi kerana dia bersekongkol dengan Shafie cuba menjatuhkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Aku jadi marah dan hilang nafsu pada Bung dan UMNO. Hahaha!
Ada yang mendakwa Bung sudah game oleh UMNO itu sendiri.
Memanglah keputusan hakim tidak boleh diganggu gugat tapi peranan persatuan peguam yang mengemukakan rayuan. Itu orang kata Bung sudah kena game.






















Leave a Reply