
Macam suka saya tau point pointnya ni. Sekaligus menjawab keraguan setengah masyarakat Sabah, sama ada memilih GRS atau parti parti daripada luar.
Bumi bertuah Sabah ini wajib kita pertahankan sendiri dari ancaman luar. Tidak kiralah apa ancaman itu berbentuk politik semata mata atau berbentuk fizikal yang boleh mengorbankan jiwa.
Sejujurnya saya sengaja tidak melihat artikel yang saya kongsikan ini dengan kepimpinan PKR atau Anwar Ibrahim. Ada sebab tertentu, ini berdasarkan pengamatan dan pergaulan. Saya dapati segelintir pemimpin dan penyokong PKR Sabah pro kerajaan GRS.
Mereka suka pada kepimpinan Datuk Hajiji Noor yang tidak pilih bulu tidak macam di Semenanjung sana, apa lagi jika UMNO adalah kerajaan negeri.
Akan tiba juga masanya kepimpinan Anwar kita kritik sekiranya kita nampak pentadbiran dan politiknya benar benar menghimpit kepimpinan GRS.
*ANWAR & ZAHID BUKAN PENGUNDI PUN DI SABAH.*
*Wahai rakyat Sabah yang tercinta, dengarlah seruan dari tanah yang subur dengan maruah.*
*Dari bumi yang pernah menggoncangkan sejarah dengan keberanian luar biasa.*
*Jangan sesekali kita biarkan suara kita digenggam oleh tangan yang tidak memahami denyut nadi kita.*
*Ingat ! bukan Anwar Ibrahim, bukan Zahid Hamidi.*
*Mereka bukan pengundi Sabah, mereka bukan nadi tanah ini.*
*Mereka bukan pewaris gunung, laut dan tanah darah keturunan kita.*
*Mereka boleh berpidato dengan gagah, berdiri atas pentas mewah.*
*Menyusun janji manis berlapis madu, namun percayalah suara yang menentukan hala tuju Sabah tidak pernah dan tidak akan datang dari Kuala Lumpur.*
*Ia datang dari hati-hati berani anak-anak Sabah yang tidak tunduk, tidak goyah, tidak hilang arah.*
*Kita bukan boneka pentas politik pusat, kita bukan pasukan sorak yang hanya menari mengikut gendang mereka.*
*Sabah tidak lahir dari ketakutan, Sabah lahir dari keberanian.*
*Dari semangat Mat Salleh, Ontoros, Antanom dan pejuang-pejuang marhaen yang namanya tak tercatat dalam buku sejarah, tetapi terukir kemas dalam jiwa tanah ini.*
*Mereka berjuang bukan untuk menjadi menteri di Semenanjung.*
*Tetapi untuk memastikan tanah ini terus hidup dengan maruah dan jati diri.*
*Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi boleh berucap seribu kali di kaca televisyen.*
*Boleh menghulur tangan seribu kali dalam pesta-pesta politik.*
*Tetapi tangan mereka tidak pernah memegang cangkul di kebun kita.*
*Tidak pernah menapak di jalan becak di pedalaman kita.*
*Tidak pernah merasa derita rakyat yang menunggu air bersih selama berpuluh tahun.*
*Wahai rakyat Sabah !* *Bangkitlah !*
*Jangan biar fikiran kita dijajah oleh retorik pemimpin pusat yang hanya datang saat pilihan raya menjelma.*
*Mereka datang bukan membawa penyelesaian.*
*Tetapi membawa harapan palsu yang dibungkus dengan kemewahan kata-kata.*
*Kita tidak perlukan tuan dari luar, kita perlukan pemimpin yang lahir dari tanah ini, yang memahami jeritan sunyi rakyat, yang mengangkat suara kampung tanpa takut kepada kuasa pusat.*
*Ini bukan soal politik biasa, ini soal maruah, soal harga diri.*
*Soal hak yang tidak boleh ditukar dengan sehelai baju, sekampit beras, atau janji yang entah bila akan dikota.*
*Sabah, tanah yang luas dan kaya, tidak sepatutnya miskin suara.*
*Tidak sepatutnya melutut kepada kuasa luar yang tidak pernah mengerti denyut kehidupan kita.*
*Inilah waktunya kita mencipta sejarah baru, menulis takdir kita sendiri, dan menunjukkan kepada dunia bahawa SABAH MILIK RAKYAT SABAH.*
*Dan biarlah setiap huruf tulisan ini bergetar dalam dada kalian.*
*Membakar semangat yang lama padam.*
*Bukan untuk membenci, tetapi untuk menyedarkan.*
*Bukan untuk memecah, tetapi untuk membina.*
*Kerana Sabah bukan milik Anwar, Sabah bukan milik Zahid.*
*Sabah adalah milik kita, kita yang akan tentukan masa depan.*
*Kita yang akan undi, kita yang akan bangkit, kita yang akan ubah segalanya.*
*SUARA SABAH, HAK SABAH, MILIK SABAH.*
*Adakah kau sanggup melihat anak cucu mu terus menjadi penonton di bumi sendiri ?*
*Atau kau akan menjadi bara yang menyala membakar jalan perubahan ?*
*Pilihlah……..*
*Tapi ingat, sejarah tidak pernah bersimpati kepada mereka yang diam ketika waktunya untuk bersuara telah tiba.*
*Nukilan Ikhlas Dari : Hati Anak Jati Sabah…..*
*Jangan Marah !!!!*






















Leave a Reply