Terence Au Jangka KM Hajiji Di Heret Ke Mahkamah –  Bagus Dia Heret Balik Shafie Ke Mahkamah

Ketua Wira Warisan. Kami tidak tahu adakah dia memang bodoh atau buat buat bodoh.

Semalam dia membuat andaian tidak berasas, terhadap Ketua Menteri Hajiji Noor kononnya akan diheret  ke Mahkamah berhubung video si Albert yang dikaitkan dengan perlombongan mineral.

Ini menurut si Terence rentetan keputusan PH dan UMNO bekerjasama bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah akan datang.

Tapi selepas dia membuat andaian bodoh. Dia buat pula kenyataan persis orang yang tidak ada maklumat sahih;

Adakah disebalik  kerjasama PH dan UMNO ada masej tertentu yang perlu diketahui oleh rakyat Sabah.

Kalau membuat andaian pun takut. Lebih baik duduk diam diam daripada hanya kebaculan dan kebodohan yang menyerlah.

Kita sedar dakwaan si Terence itu semata mata  untuk membina persepsi negatif terhadap kerajaan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Dalam masa sama berharap PH dan UMNO mengajak Warisan berada dalam satu pasukan.

Dasar mangkuk syok cerdik, macam saja rakyat Sabah tidak maklum kalau dakwaan seperti itu hanya sesuai di tong sampah kan. Selama ini berpuluh dakwaan dan kenyataan pemimpin dan macai Warisan akhirnya terbukti bohong malah ada yang terbukti  fitnah semata mata.

Tinggal lagi penyokong kerajaan GRS bukan macam peminpin dan macai Warisan. Sikit sikit laporan Polis, sedangkan menuduh dan mengandai andai adalah modal utama mana mana parti pembangkang. Itu saya kata, banyak sudah parti jadi pembangkang tapi tidak BANGSAT macam pemimpin dan penyokong Warisan.

Si Terence, sibuk meramal nasib orang  yang tidak ada bukti telah melakukan kesalahan. Malah SPRM sendiri sudah membuat kenyataan bahwa  Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor tidak terlibat dan video si Albert yang menuduh beberapa Adun GRS tidak tulen.

Sejujurnya sekalipun ia tulen jadi apa juga ruginya pada negeri dan rakyat Sabah. Sepatutnya pemimpin dan penyokong Warisan turut menempelak si Albert Lie dan kawan kawannya sebagai padan muka perasuah dan perompak kekayaan negeri. Tapi yang berlaku tampak sebaliknya Warisan memihak si Perasuah Albert Lie dan si Jontih. Pelik!

Baru baru ini Sultan Pahang murka apa bila beratus  ekar tanah Pahang di ceroboh oleh tauke tauke seperti si Albert.

Ada Sultan murka pada kerajaan negeri, tidak ada. Sultan Pahang tegas mengingatkan kakitangan Jabatan Tanah dan Jabatan yang berkaitan. 

Yang sepatutnya dipersoalkan oleh si Terence ialah kenapa Presiden Warisan Shafie boleh dilepaskan dari perbicaraan Mahkamah, sedangkan tuduhan yang dihadapi membabitkan berbilion wang rakyat untuk membina prasarana luar bandar.

Tuduhan yang dihadapi oleh Shafie dan orang orangnya, bukan tuduhan politik, ini kerana wang jaminan  yang diminta oleh Mahkamah, di akui dan  dibayar setelah orang orang Warisan membuat kutipan derma.

Menteri Undang Undang VK Liew yang  melepaskan  Shafie dan yang lain dari perbicaraan Mahkamah. Adakah juga Mahkamah mengakuinya dan memulangkan wang jaminan? jika belum bererti file masih di atas meja.

Adakah wang jaminan SPRM dipulangkan oleh Mahkamah sedangkan Peter Anthony di dapati bersalah oleh Mahkamah.

Kalau sudah, dimana sudah wang itu, kenapa tidak diuarkan? Sebahagian derma hasil kutipan dari orang kampung.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading