UMNO Larang Ahli  Hadir Program Masa Depan Bersama KM Hajiji, Hadir Kamu Jangan Dunguk

Jangan kamu pedulikan surat daripada UMNO yang  tidak ada beza dengan tisu tandas.

Tidak perlu keluarkan surat bagi menghalang ahli UMNO  hadir ke Majlis atau program membina masa depan Kunak  yang dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Surat amaran seperti itu hanya laku pada ahli UMNO yang tamak dan ada jawatan dalam parti. Kalau setakat ahli biasa tidak lah tu di pedul. Siapa juga yang mau di nilai dunguk kerana menolak program untuk kebaikan rakyat, hanya kerana parti luar, UMNO.

Bukan kah kebanyakan ahli PGRS daripada UMNO, begitu juga Warisan beberapa ahli mereka daripada UMNO. Termasuk Shafie bekas Naib Presiden UMNO Malaysia.

Saya optimis  tiba masanya nanti. Tanpa rayuan dan paksaan. Ramai ahli UMNO hadir menyambut ketibaan  Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor sempena program membina masa depan Kunak yang di adakan di daerah Kunak.

Orang Sabah yang menjadi ahli atau penyokong UMNO.  Buka sikit minda tu, supaya dapat menghadam fakta  yang menyebabkan majoriti orang Melayu sendiri menolak UMNO. Bukan UMNO tidak ada jasa pada bangsa Melayu malah kebanyakan pemimpin dan ahli PKR serta PN berasal daripada UMNO. Termasuklah Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Muhyiddin dan ramai lagi.

Menunjukkan UMNO bukan lagi pilihan majorit rakyat, disebabkan beberapa isu besar, antaranya selain isu rasuah di Mahkamah. Kebanyakan pemimpin UMNO cakap tidak serupa bikin dan sering mencetuskan ketidakstabilan yang membuat rakyat bosan pada kepimpinan UMNO.

Bung Mokhtar sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah. Suhaimi Nasir dikatakan terbabit dengan  wang RM170 juta dari era Ismail Sabri yang berjaya di rampas oleh SPRM.

Jadi kamu orang Sabah pedulikan surat UMNO itu. Tiada beza tu dengan tisu tandas.

Saya yang mencatatkan kenyataan dibawah hingga viral, waktu itu saya memihak pembangkang.

Orang Sabah yang menyokong UMNO nampak macam badut.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading