
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa parti-parti tempatan harus menjadi tonggak kepada kerajaan negeri. Kita berpegang kepada prinsip bahawa kerajaan negeri Sabah seharusnya dipimpin oleh parti tempatan yang memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat – tanpa mengetepikan peranan dan kepentingan parti-parti nasional dalam kerangka kerjasama yang lebih luas.
Sekiranya keputusan muktamad Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri akan datang, maka GRS bersedia untuk bertanding secara solo dan memfokuskan kerjasama dengan parti-parti tempatan lain yang sehaluan. Menyimpang daripada prinsip ini bermakna kita mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah.
Apa yang GRS perjuangkan ialah kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat demi masa depan Sabah. Seperti yang sering saya tekankan, Kerajaan Negeri hari ini perlu terus diperkukuhkan kerana ia membawa kestabilan dan mewakili satu bentuk kerjasama yang menyumbang kepada kekuatan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan. Mengenepikan aspirasi tempatan dalam konteks politik Sabah adalah tidak selari dengan sentimen rakyat di peringkat akar umbi.
Sehubungan itu, GRS akan mengadakan mesyuarat kepimpinan dalam masa terdekat untuk menetapkan hala tuju gabungan ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan datang. GRS juga akan mengadakan perbincangan rasmi dengan parti-parti yang membentuk kerajaan negeri semasa untuk mendapatkan pandangan dan pendirian mereka.
Bha apa lagi wahai UMNO, mari berdepan dengan orang Sabah pada pilihan raya negeri akan datang. Lagi cantik kalau calon BN menggunakan logo UMNO, lagi mantap.
Jangan kamu lupa, pada pilihan raya negeri 2020, tiga calon UMNO kalah kepada calon Bebas. Tapi nampaknya masih belum mampu meleburkan sikap sombong bodoh pemimpn pemimpin UMNO.
Bung Mokhtar yang membawa title Ketua UMNO Sabah pada pilihan raya negeri 2020, hanya mendapat majoriti 661 undi. Begitu juga Zahid Hamidi yang membawa pangkat Presiden UMNO hanya mendapat 348 majoriti pada pilihan raya Parlimen 2022.
Tapi kamu tengok sekarang, suka suka dia orang saja mengetepikan kehendak rakyat Sabah. Seolah olah tanpa UMNO, Sabah ini akan jatuh miskin. Pui!
Di Semenanjung UMNO nyawa nyawa ikan walaupun pelbagai kesenangan dan kemudahan disediakan untuk orang Melayu. Jadi apa lagi di Sabah, yang tidakย dimajukan malah hak dan kekayaan mereka disedut.ย Lepas itu berlagak abang besar, macam saja atitud orang Sabah sama dengan pemimpin dan penyokong UMNO, Sabahan plastik.
Parti ini suka mencetuskan ketidakstabilan sejak bertapak di Sabah. Ada saja taktik yang digunakan demi mengekalkan kekuasaan mereka ke atas Sabah. Termasuklah Langkah Kinabalu, ini juga sebahagian dari taktik mereka, kebetulan satu kepala dengan Presiden Warisan yang kemaruk jawatan Ketua Menteri Sabah.
PH di Sabah tidak ada kekuatan pun. DAP yang menyumbang kemenangan calon calon PH pada pilihan raya negeri sebelum sebelum ini.






















Leave a Reply