Disahkan Oleh Pimpinan PH Tiada Perbincangan Dengan UMNO – Ketua Penerangan PKR Sabah

Beliau telah mendapat pengesahan dari semua pimpinan PH, memang tidak ada perbincangan dengan UMNO.

Justeru mereka  tidak tahu apa tujuan UMNO Sabah terus menipu.

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Sabah mengambil maklum kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Suhaimi Nasir yang memaklumkan UMNO Sabah akan bertanding 40 kerusi DUN pada PRN-17 Sabah manakala baki 33 kerusi lagi diserahkan kepada Pakatan Harapan (Harapan).

Beliau juga menyatakan Harapan dan Barisan Nasional (BN) sudah ada persefahaman dan tidak akan ada pelanggaran agihan kerusi. Beliau juga mendakwa Harapan bersetuju dengan kerusi yang BN mahu tandingi.

Di peringkat Keadilan Sabah, pertemuan tidak rasmi telah dibuat namun tidak ada sebarang perbincangan dibuat setakat ini antara Harapan dan BN melibatkan bilangan agihan kerusi. Pakatan Harapan masih belum bertemu secara rasmi samada BN mahupun GRS bagi membincangkan isu kerjasama pilihanraya apatah lagi agihan kerusi.

Kami tidak tahu dari mana Suhaimi dapat angka 40 kerusi dan kita tidak tahu dengan siapa beliau berbincang.

Kami meminta UMNO untuk menasihati pimpinan mereka di Sabah untuk tidak mengeluarkan kenyataan unilateral terutama berkait kerjasama dalam mendepani PRN-17 dan agihan kerusi. Sebaiknya perundingan dibuat dahulu sebelum sebarang kenyataan dibuat.

Keadilan dan Harapan Sabah terbuka untuk berkerjasama dengan semua pihak yang mempunyai aspirasi sama untuk negeri Sabah, namun biarlah perkara ini dibincangkan dalam pertemuan rasmi.

*Razeef Rakimin*
_Timb.Ketua Penerangan Keadilan Pusat_
_Ketua Penerangan Keadilan Sabah_

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading