Adun Elopura Akui Gaji Wakil Rakyat Makan Pun Tidak Cukup Apa Lagi Bagi Rakyat, Letak Jawatanlah

Adun Elopura sangat mengakui kalau gaji wakil rakyat makan pun tidak cukup. Apa lagi membagi bantuan pada pengundi atau masyarakat dikawasannya.

Wakil rakyat telenggong mau sedap saja. Sepatutnya kalau gajinya tidak cukup pergilah gadai atau jual harta yang dia ada, baru layak dipanggil Yang Berhormat atau pemimpin. Bukan setakat siang malam menjaja cerita bohong dan harapan palsu pada rakyat, terutama orang kampung.

Dulu, sudah cantik  bersama DAP tapi terpedaya oleh Presiden Warisan. Sekarang apa? menjadi mangsa keadaan.

Rakyat sedar bha tu, siapapun boleh menjanjikan bulan bintang, cuma yang menjadi persoalan kau jujur kah tidak, kau bernasib baik kah tidak, kau sanggup berkorban kah dan Tuhan suka kamu kah tidak. Macam slogan Sabah Ubah, dua tahun kerajaan Warisan, tapi tidak ada yang berubah.

Hari ini balik jual air liur, harta dan duit yang ada di simpan bawah bantal, tidak mau berkorban. Habis itu untuk apa rakyat mengundi  calon Warisan sampai menang? apa faedahnya.

Benar kenyataan Datuk Nizam, bagus Adun Elopura letak jawatan.

Ini bermaksud wakil rakyat Warisan  sendiri totally  menafikan retorik yang dimainkan oleh macai Warisan.

Sekaligus mengakui kenyataan Datuk Hajiji Noor adalah realiti, namun  sengaja dipolitikkan oleh macai Warisan. Seperti dibawah.

Kalau Harap Wakil Rakyat Saja Punya Gaji, Macam Mana Kita Hidup – Tajuk Putar Belit Malaysiakini

Ini juga membuktikan kepimpinan GRS tidak hipokrat, selagi rakyat menjadi keutamaan.

Itu saya katakan selama ini jangan pernah percaya pada cacian atau sekalipun pujian dari pemimpin dan macai Warisan, kerana apa yang mereka katakan itu ibarat melepaskan batuk di tangga atau ibarat anda berbicara dengan bayang bayang sendiri. 

One thought on “Adun Elopura Akui Gaji Wakil Rakyat Makan Pun Tidak Cukup Apa Lagi Bagi Rakyat, Letak Jawatanlah

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading