SPRM Sudah Cakap Hajiji Tidak Bersalah, Jangan Paksa Orang Pakai Baju Oren Macam Kau Shafie

Inilah apa yang dipanggil lidah tidak bertulang. Pipi tersorong sorong.

Baru saja Shafie menyatakan dalam sidang DUN semalam  bahwa tidak ada yang boleh melebihi Undang Undang. 

Hari ini lain  sudah ceritanya. Bila menafikan kenyataan  Ketua Pengarah SPRM Malaysia. 

Presiden Warisan Shafie Apdal mendakwa walaupun Ketua SPRM Malaysia sudah menyatakan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor tidak terlibat atau tidak bersalah berhubung lesen perlombongan namun belum memadai.

Secara prinsipnya Ketua SPRM atau lebih rasmi Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah pihak yang memastikan Undang-undang berkaitan salah laku kewangan  di hormati dan dipatuhi oleh semua lapisan rakyat Malaysia, tanpa mengira status mereka. 

Jadi menafikan kenyataan Ketua SPRM semata mata, berhubung satu satu isu adalah  sikap yang moron dan tidak  menghormati Undang-undang. Apa lagi tiada sekali pun muka Ketua Menteri keluar dalam video si Albert Lie.

Diandaikan benar dakwaan Shafie, kenyataan SPRM  belum memadai. Lalu bukti apa yang Shafie ada selain bukti yang diketahui SPRM? setakat menafikan macam orang buta huruf dalam masa sama  ekor sendiri bergelumang dengan najis?

Bagus Shafie tutup kedai lah, macam tidak ada sudah guna guna kamu sebagai orang politik.  Malaysia ada Undang Undang dan agensi yang bertanggungjawab tapi sengaja tidak diakui oleh pihak Warisan. Pergi lah kamu balik ke negara asal, sebab disana Hakim dan Ketua  agensi penyiasat rasuah boleh dijual beli.

Lain juga politik Presiden Warisan, orang tidak terlibat dia paksa supaya terlibat, supaya agaknya sama dengan dia  dipakaikan baju oren.

Apa bukti  yang Shafie ada? hebat Shafie  mengalahkan Tuhan boleh tunjuk siapa yang bersalah tanpa bukti. Walhal  nama sendiripun di daftar  dalam buku Mahkamah dan SPRM. Pui!

Lepas itu siapa yang melepaskan Shafie Apdal dan kerabatnya dari perbicaraan rasuah di Mahkamah? bukan SPRM, bukan Peguam Negara juga bukan Mahkamah. Tapi wakil rakyat Warisan yang dilantik sebagai Menteri Undang Undang, VK Liew.

Mana yang lebih layak dan apdal untuk mengatakan seseorang itu tidak bersalah? SPRM kah atau orang politik yang dilantik sebagai Menteri Undang Undang? 

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading