
Nah kita tulis cerita pasal perobohan rumah oleh si Junz Wong. Sedap dia berucap dihadapan orang kampung tapi hakikatnya itu bohong atau boong, kalau kita gunakan bahasa netizen.
Dalam ucapannya mendakwa semasa kerajaan Warisan tiada rumah dirobohkan berbeza konok dengan kerajaan GRS.
Macam mana juga tidak dirobohkan kalau tanah yang diduduki sebenarnya milik orang perseorangan atau syarikat swasta. Lepas itu kampung berkenaan wujud selepas Sabah merdeka atau paling tua, baru berumur lima ke sepuluh tahun.
Jika sebelum merdeka, ada ceritalah. Mana boleh dirobohkan begitu saja, paling jalan terbaik, bersihkan kampung berkenaan dari anasir jahat yang dilakukan oleh orang luar yang menumpang.
Dalam hal seperti ini seorang pemimpin itu harus bersikap profesional, jangan semua hal dipolitikkan seperti mana sikap Si Junz Wong. Nampak sangat terdesak, dia nampak parti Warisan bukan lagi pilihan pengundi.
Betul kah tidak oh, tiada kampung atau rumah yang dirobohkan semasa kerajaan Warisan.
Jadi surat arahan perobohan Kampung Simunul, Semporna seawal kerajaan Warisan itu apa? Kampung berkenaan terletak dalam DUN Senallang atau Bugaya yang pasti dalam Parlimen Semporna.
Komuniti Kampung Simunul agak bernasib baik, belum ada rumah yang dirobohkan alsebab kerajaan Warisan tumbang. Walau bagaimana pun ramai sudah yang berpindah ke kampung berhampiran
Surat permohonan tapak Kampung Bangau Bangau yang dipohon oleh Encik Laistel Sarakil. Diarahkan oleh orang orang Shafie Apdal supaya dibatalkan. Yang ini apa pula, bukan kah ia tindakan yang kurang ajar dan sangat tidak professional? mana sembang ke daulatan Undang Undang yang dimainkan oleh pihak Warisan?
Suka suka dia orang saja menafikan hak orang, macam mereka saja orang tempatan.
Dengar cerita lagi, kalau tapak Kampung Bangau Bangau telah dijual atau diberikan kepada syarikat swasta semasa kerajaan Warisan. Entah betul, entah tidak. Mustahil wujud orang seperti itu, tapi jika benar memang teruklah mengalahkan kebodohan dan kejahatan bangsa isreal. Wajib sudah masyarakat yang tiada kaitan dengan kepimpinan Semporna agar melawan, walau apa pun yang berlaku. Mana boleh macam mereka saja yang ada hak. Hak dari mana? Semporna itu sudah dikuasai tauke tauke dari tanah besar China. Hak apa lagi yang tinggal pada orang tempatan, tinggal sisa itupun mau di curi kah?
Potongan menjual, mereka sendiri ada yang tidak jelas status kewarganegaraannya. Entah mereka berasal dari kampung yang wujud selepas kemerdekaan Sabah walaupun jauh di daratan.
Berbanding Kampung Bangau Bangau wujud sebelum Sabah merdeka. Wujud sebelum Shafie menceburi politik Semporna dan Sabah.
Semasa kerajaan Warisan tidak ada kampung di Sabah dan Semporna diwartakan sebagai perkampungan rasmi. Berbeza dengan kerajaan negeri Sabah, GRS banyak kampung telah diwartakan seperti di Tawau dan beberapa daerah di pantai barat.






















Leave a Reply