Belum Ada Kerjasama Dengan UMNO Sabah – Pengerusi DAP Sabah

Endah lah saya faham politik UMNO Sabah yang diketuai Bung Mokhtar, sejak kebelakangan ini, terlalu banyak flip flop.

Sudahlah selama ini kritikannya terhadap kerajaan negeri GRS macam cerita kartun. Dia yang pernah menyandang jawatan  Menteri JKR Sabah tapi gagal memikulnya.

Hari ini dia pula  yang rajin mempersoal keadaan jalan raya, gangguan letrik dan air. Termasuk jalan raya teruk di daerah Kinabatangan, kawasan yang dia wakili. Hemmm!

Semalam selepas Bung Mokhtar menyatakan bahwa UMNO Sabah sah bekerjasama dengan PH Sabah menjelang pilihan raya negeri Sabah akan datang.

Tidak lama keluar berita  Presiden UMNO Zahid Hamidi. Menafikan kenyataan Bung Mokhtar berkenaan. Tiada grup WhatsApp kot. Hemmm

Sekarang giliran Pengerusi DAP Sabah pula menafikan kerjasama mereka bersama UMNO Sabah, sebenarnya belum ada.



1. Saya mengambil maklum akan pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi UMNO Sabah, YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, berhubung kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

2. Ingin saya tegaskan bahawa setakat ini belum ada sebarang perbincangan rasmi antara DAP Sabah dengan mana-mana parti politik berhubung kerjasama pilihan raya. Pertemuan secara tidak rasmi antara tokoh-tokoh politik adalah perkara biasa.

3. Walaubagaimanapun, DAP Sabah melihat perkara ini selaras dengan semangat MADANI yang dipraktikkan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Perdana Menteri, yang telah menjamin kestabilan politik sejak Pilihan Raya Umum yang lalu.

4. DAP Sabah sentiasa mengambil pendekatan terbuka terhadap sebarang kerjasama politik dengan mana-mana parti politik, asalkan kepentingan rakyat Sabah sentiasa menjadi keutamaan.

5. Kerjasama politik mesti berlandaskan dasar yang menyumbang kepada pembangunan Sabah, dan bukan semata-mata demi menghadapi pilihan raya. Justeru itu, DAP Sabah bersedia untuk berbincang mengenai dasar-dasar yang perlu dilaksanakan demi masa depan Sabah sebelum memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama politik.

6. DAP Sabah kekal berpendirian bahawa kestabilan politik selepas PRN17 adalah amat penting bagi memastikan keyakinan pelabur dan kemajuan berterusan dalam membangunkan Sabah sebagai sebuah negeri yang makmur dan berjaya.

7. Pendirian PH Sabah harus dibincang dalam mesyuarat pimpinan PH Sabah dalam masa terdekat.


PHOONG JIN ZHE
Pengerusi DAP Sabah

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading