Pada ada siapa lagi kita menaruh kepercayaan dan mengharapkan keadilan selagi kita hidup di dunia. Kalau bukan agensi yang berwajib.
Kenapa si Calvin tidak terfikir ? Siapa yang melepaskan Shafie dari tuduhan rasuah di Mahkamah berhubung skandal KKLW. Bukan SPRM, bukan Peguam Negara dan bukan Mahkamah. Tapi wakil rakyat Warisan yang dilantik sebagai Menteri Undang Undang. Adakah keadilan seperti ini yang di tuntut oleh kepimpinan Warisan? otak udang kau.

Saya memandang serius dakwaan yang dibangkitkan oleh YB Calvin Chong berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang dikaitkan dengan isu pelesenan mineral. Namun, dakwaan yang dilemparkan oleh YB Calvin itu jelas menunjukkan kedangkalan dirinya sendiri berkaitan proses undang-undang dan siasatan yang masih dijalankan oleh SPRM.
Dalam keghairahan untuk mencipta persepsi politik, kita tidak boleh sesekali mengorbankan prinsip keadilan dan proses undang-undang. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki,telah beberapa kali menjelaskan bahawa:
1. Tiada sebarang unsur campur tangan daripada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dalam siasatan yang sedang dijalankan. Malah, beliau telah dipanggil dua kali oleh SPRM dan memberikan kerjasama penuh.
2. SPRM telah memanggil kesemua ADUN yang dikaitkan, memperlihatkan video berkenaan, dan mendapatkan penjelasan secara terus daripada mereka yang terlibat.
3. Hasil analisis forensik terhadap lapan video awal mendapati terdapat unsur suntingan dan manipulasi, menyebabkan ia tidak layak dijadikan bahan bukti di mahkamah.Video terbaharu yang lebih panjang kini sedang dianalisis dengan teliti.
Sebagai kerajaan yang menjunjung prinsip integriti dan tadbir urus yang baik, kami tidak akan melindungi sesiapa jika terbukti bersalah. Namun dalam masa yang sama, kami juga tidak akan tunduk kepada tekanan politik atau spekulasi tidak berasas.
Siasatan ini adalah tanggungjawab SPRM – sebuah badan bebas yang diberikan kuasa oleh undang-undang.Biarlah mereka diberi ruang untuk menyempurnakan siasatan tanpa gangguan.
Saya menyeru semua pihak untuk lebih bertanggungjawab dalam mengulas isu ini dan tidak menjadikan siasatan yang masih berjalan sebagai bahan politik. Rakyat Sabah berhak mendapat kepimpinan yang berani, tetapi juga adil dan berprinsip.
YB Datuk Haji Nizam bin DSP Haji Abu Bakar Titingan
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri N68 Apas






















Leave a Reply