KM Hajiji Tidak Terlibat Dengan Tuduhan Rasuah Albert Lie – SPRM

Jelakslah bha Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor tidak terkait. Sebab beliau sendiri yang membatalkan permohonan tanah si Albert Lie.

Apa lagi pada 10 video yang di rakam dan di edit oleh Albert Lie, tiada satupun yang menunjukkan Datuk Hajiji Noor ada di sana.

Si Albert Lie kecewa bila permohonan tanah seluas hampir sejuta ekar di Maliau Basin di tolak mentah mentah oleh Ketua Menteri Sabah.

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yakin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak terkait dalam video-video dakwaan rasuah yang melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Menurutnya, SPRM sangat telus dalam siasatan tersebut yang masih berjalan.

“Ketua Menteri pun kita sudah panggil untuk memberi keterangan. Hajiji sudah dipanggil dua kali.

“Apa yang dinyatakannya, saya tak boleh dedahkan, tetapi saya yakin beliau tidak terlibat dalam sebarang video berkenaan,” katanya kepada pemberita pada  program Cakna Rasuah di sini, hari ini.

Cuma kata beliau, ada beberapa perkara lagi daripada Hajiji yang belum diselesaikan.

Azam berkata, keterangan lapan ADUN yang terlibat telah dirakam dan ahli perniagaan Datuk Albert Tei juga akan dipanggil untuk memberi keterangan lanjut.

Katanya, kesemua 10 video tersebut sedang disiasat pasukan forensik SPRM untuk menentukan kesahihan.

Mengenai kes rasuah RM50,000 yang didakwa melibatkan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, katanya, siasatan masih berjalan.

“Kes ini telah dimasukkan dalam kertas siasatan, kerana ia juga termasuk dalam dakwaan-dakwaan tersebut,” katanya.

Kadzim disiasat selepas didakwa menerima rasuah dalam video tersebut namun beliau menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan ia hanya satu pinjaman.

SPRM yakin Ketua Menteri Sabah tidak terlibat video rasuah

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading