
Kantoi lagi kepimpinan Warisan dan ini bukan kali pertama tuduhan mereka terbukti fitnah malah mereka yang lebih.
Tapi seperti biasa, tidak membuat mereka rasa bersalah dan malu pada rakyat Sabah.
Sebelum ini Page Warisan, Mawar mendakwa Syarikat milik pemimpin GRS telah dianugerahkan lesen dan tanah luas untuk di teroka mineralnya.
Mari kita baca artikel di bawah. Sejauh mana kesahihan tuduhan pembangkang dan apa yang berlaku semasa kerajaan Warisan. Nanti kamu sedar tu, pemimpin Warisan cuba berlagak suci murni, rupanya sangat kotor dan penyangak nombor satu Sabah.

PERMOHONAN LINCAH HEBAT DIMULAKAN ZAMAN WARISAN!
- Ramai terkejut bila tular dokumen kononnya GRS telah menganugerahkan kawasan sebesar 17,600 hektar (iaitu lebih kurang 43,490 ekar) kepada sebuah syarikat tempatan Sabah.
- Macam biasa, jari terus menuding kepada Ketua Menteri dan pemimpin GRS. Tapi benarkah itu cerita sebenarnya? Hari ini terbongkar satu dokumen yang boleh menyebabkan jari-jari itu terpaksa berpatah balik.
- Dokumen rasmi yang bertarikh 31 Januari 2019, ditandatangani oleh Datuk Haji Mohd Salleh Bin Haji Abbas, Setiausaha Sumber Asli Sabah pada ketika itu (era kerajaan WARISAN), menunjukkan dengan jelas:“Lincah Hebat Utama Sdn Bhd telah memohon untuk permit carigali di kawasan Bukit Bidu-Bidu, Labuk Valley, Beluran, Sandakan seluas 620 kilometer persegi.”
- 620 km² ini bersamaan dengan lebih 153,205 ekar – iaitu lebih tiga kali ganda berbanding kawasan yang akhirnya diluluskan baru-baru ini (43,490 ekar).
- Fakta ini membongkar dua perkara penting. Pertama, Warisan bukan saja kenal Lincah Hebat – malah sedang proses untuk beri kawasan yang jauh lebih luas daripada apa yang GRS akhirnya luluskan. Kedua, GRS sebenarnya telah mengecilkan kawasan daripada 153,205 ekar kepada 43,490 ekar – pengurangan lebih 70% daripada permohonan asal yang diproses di zaman Warisan.
- Ironiknya, pemimpin-pemimpin Warisan yang sekarang kononnya “marah” bila GRS bagi 17,600 hektar itu, pernah berada dalam kerajaan yang hampir beri Lincah Hebat tanah seluas negeri Melaka!
- Hipokrasi Warisan. Yang rakyat Sabah perlu nilai hari ini ialah siapa yang bercakap benar, siapa yang hanya pandai menuding jari. Mau bakar rumah orang, jangan lupa tengok api dalam dapur sendiri.
Check mate! Game Over!






















Leave a Reply