Ada Saja Pembohongan dan Alasan Shafie Apdal Last Last Mengena Hidung Sendiri

Artikel ini bertujuan mengkritik balik alasan balas Shafie Apdal/Warisan setelah pembohongan mereka berjaya  dinafikan secara fakta oleh Ketua Menteri Sabah atau kerajaan negeri GRS.

Ada ada saja alasan Shafie Apdal. Seperti dibawah. Tulisan berwarna merah sebagai jawapan balas kita orang.

  • Shafie Apdal tidak mau pihaknya dituduh mengheret Institusi Istana ke kancah politik – Macam mana kerajaan GRS tidak menuduh pemimpin Warisan mengheret Institusi Istana ke kancah politik, kalau si Darell Leiking dan Aziz Jamman tiba-tiba membuat dakwaan yang bertentangan fakta sebenar. Kononnya kerajaan negeri GRS akan meraikan sambutan TYT sehingga tiga bulan. Sedangkan keputusan mesyuarat jemaah menteri hanya  tujuh  hari. Justeru tidak timbul dakwaan pembangkang Warisan, kononnya kerajaan negeri GRS membazirkan wang rakyat. Hakikatnya pihak Warisan yang kuat memanipulasi kebenaran demi keuntungan politik semata mata hingga sanggup mengheret Institusi Istana ke kancah politik. Dasar golongan yang tidak boleh dipertanggungjawabkan menjaga kedaulatan Sabah.
  • Dalam sistem demokrasi, mengemukakan soalan mengenai perbelanjaan kerajaan bukanlah satu kesalahan. Malah, ia bukan sahaja dibenarkan, malah diperlukan. Inilah asas kepada konsep semak dan imbang – Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor  tidak pernah menghalang mana mana pihak  mengkritik kerajaan negeri. Kalau ada sila tunjukkan buktinya, jangan main cakap saja Shafie oiii.
  • Apabila rakyat terpaksa mengurangkan perbelanjaan harian, kerajaan juga sepatutnya melakukan perkara yang sama. Kepimpinan yang baik bermaksud sanggup membuat keputusan yang sukar, dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan bukan menganjurkan majlis yang bersifat kosmetik semata-mata. – Untuk pengetahuan Shafie Apdal dan macainya. Pada Ogos 2024 saja kerajaan GRS berjaya mencapai hasil sebanyak RM4.69 bilion merupakan 89% dari anggaran yang dicapai pada tahun 2023 iaitu RM5.26 bilion. Kutipan hasil pada tahun berakhir 2024 sebanyak RM6.96 bilion rekod tertinggi sejak 1963. Berbanding semasa kerajaan Warisan, ekonomi Sabah meredum sehingga 0.5% KDNK, pengangguran meningkat  mendadak ,tapi tetap saja Shafie melepaskan projek gajah putih pada kerabat dan kroni, pun begitu masih tidak  menunaikan janji pilihan raya pada orang kampung. Hari ini walaupun kerajaan GRS berjaya mengurus ekonomi Sabah tapi sentiasa berhemah membelanjakan wang rakyat. Kalau Shafie ada bukti, kerajaan negeri GRS berbelanja boros sila tunjukkan. Jangan main cakap saja. Mentang mentanglah kebanyakan penyokong Warisan kurang ilmu pengetahuan am. Satu lagi soal kenaikan harga barang, kadang kadang disebabkan faktor kerancakan ekonomi itu sendiri dan ia diluar kawalan pemerintahan negeri. Kenapa pihak Warisan tidak bercakap soal harga Disel di Sabah yang tidak mengalami kenaikan, berbanding negeri negeri di Semenanjung. Bukan kah itu bukti kerajaan GRS sentiasa mengutamakan ekonomi rakyat Sabah sekaligus memastikan perekonomian rakyat Sabah sentiasa terjamin. Hari ini kerajaan GRS memperkenalkan pelbagai bantuan kewangan kepada lapisan masyarakat, demi merancakkan dan membangun ekonomi mereka.  Semasa kerajaan Warisan, apa yang rakyat Sabah dapat?
  • Parti Warisan sentiasa mendukung prinsip perbelanjaan berhemah dan tadbir urus yang telus. Kita sering dengar pemimpin bercakap tentang penjimatan, tetapi apabila melibatkan acara kerajaan, prinsip itu tidak di pakai – Jawapan temberang Shafie Apdal. Bukan kamu pernah berbelanja berhemah pun, tapi ekonomi Sabah ketika itu  yang teruk. Sungguhpun teruk tapi Shafie sibuk mengubah suai rumah rasmi Ketua Menteri, sedangkan rakyat Sabah ketika itu menuntut bantuan dari kerajan negeri. Pui!

Ada 14 point yang diutarakan oleh Shafie sebagai jawapan dan alasan. Tapi semuanya saling berkait dan berulang ulang, yang kalau kita ringkaskan hanya ada 4 poin utama, seperti di atas.

http://jalinluin.com/2025/03/15/dakwaan-kerajaan-gagal-hanya-tanggapan-puak-lawan-ketua-menteri/

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading