
- Bila lidah terlalu biasa menipu, telinga sendiri pun mula percaya — dan akhirnya, diri sendiri yang menjadi mangsa.
- Saya hairan. Dalam banyak-banyak isu, ada pula yang memilih untuk menjadikan sambutan rasmi ulang tahun Tuan Yang di-Pertua Negeri sebagai isu politik.
- Deorang kasi api bilang sambutan tiga bulan yang membazir. Deorang persoal kononnya kerajaan negeri berbelanja besar untuk meraikan satu individu. Tapi soalnya — deorang betul-betul faham kah apa yang berlaku? Atau sengaja tidak mau tau?
- Ini bukan soal “tiga bulan pesta”. Ini bukan soal “majlis makan-makan mewah setiap malam”. Antara acara yang dirancang bukan pesta muda mudi. Ada majlis tahlil dan doa kesyukuran, ada juga majlis minum petang bersama anak-anak yatim dan OKU.
- Acara kemuncak pula pada 21 Jun — termasuk perbarisan rasmi, penyampaian anugerah darjah kebesaran dan jamuan negeri. Ini adalah sambutan rasmi negeri kita yang berlangsung setiap tahun. Yang pernah berlaku di bawah mana-mana kerajaan, tidak kira benderanya.
- Sebenarnya, hanya tujuh acara rasmi dijadualkan. Bukan tiga bulan berturut-turut. Bukan konvoi setiap hari. Dan jumlah acara tahun ini sudah pun dikurangkan berbanding tahun lepas yang ada 12 acara. Malah, bajetnya juga dikurangkan sebanyak 30%.
- Tetapi pemimpin pembangkang memilih untuk memutarbelit. Deorang main sentimen. Deorang mahu rakyat percaya seolah-olah seluruh jentera kerajaan sedang berpesta tanpa henti. Deorang tau rakyat sedang tertekan, jadi deorang kasi api perasaan rakyat. Ini bukan politik matang. Ini politik murahan.
- Deorang bilang “duit cukai rakyat patut digunakan untuk bantuan, bukan majlis”. Soalnya, sejak bila acara rasmi negeri bukan sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan? Apakah jika bulan lima nanti kita anjurkan Tadau Kaamatan, deorang akan persoalkan juga?
- Ironinya, semasa deorang menjadi kerajaan — acara ini juga diadakan. Tiada pula kedengaran suara-suara sumbang ketika itu. Bila hilang kuasa, baru muncul sensitiviti palsu.
- Politik seperti ini tidak membawa kita ke mana-mana. Bila fakta diputar belit, bila rakyat dipaksa marah atas perkara yang tidak wujud — maka demokrasi menjadi mangsa. Pemimpin sebegini sebenarnya hanya pandai menangguk di air keruh.
- Jangan kita baling batu, sembunyi tangan, kemudian berpura-pura kononnya pejuang rakyat. Ini bukan keberanian. Ini kelicikan. Hebat saudara.
- Rakyat Sabah berhak tahu kebenaran. Dan rakyat juga harus belajar dari insiden kecil ini. Jangan terlalu mudah melompat menyokong mana-mana naratif tanpa menyemak fakta. Kadang-kadang, bertepuk tangan ikut rentak gendang politik hanya menjadikan kita penonton kepada sandiwara, bukan penyelesai masalah.
- Kita perlu pemimpin yang bercakap benar walaupun tidak popular. Bukan yang popular kerana putar belit. Jika setiap perkara dijadikan bahan politik, maka bila masanya kita akan sempat membina negeri ini?
- Ini bukan soal TYT. Ini soal kedewasaan politik. Dan jika isu sekecil ini pun dijadikan medan serangan tanpa asas, bayangkan bagaimana mereka akan kendalikan isu yang lebih besar jika kembali berkuasa?
- Saya tidak minta kita semua bersetuju dengan kerajaan. Tapi biarlah kritikan itu bersandarkan fakta, bukan persepsi.
- Jangan terlampau bermain sentimen, bikin-bikin cerita, dan membakar perasaan rakyat — kalau Sabah berpecah, yang rugi bukan musuh politik, tapi harapan dan masa depan anak cucu kita.
Selamat bersungkai kawan-kawan!





















Leave a Reply