Bung Mokhtar Memilih Tidak Berkata Benar – Sumber Unknown

Seseorang memforward beberapa fakta seperti dibawah dan saya tertarik.

Saya tertarik kerana dapat menggariskan Bung Mokhtar sengaja bercakap terbalik dan sengaja menafikan kejayaan dan usaha Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dalam menyelesaikan isu yang sengaja dibangkitkan oleh Bung Mokhtar.

Hairan saya Bung suka bercakap besar. Sedangkan tahu kah anda dia menjadi wakil rakyat Kinabantan sejak 1995. Tapi sehingga hari ini masih ada  kampung di daerah Kinabatangan berhadapan dengan kemudahan asas.


• KENYATAAN-KENYATAAN Datuk Bung Moktar Radin sejak dipecat daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri, sentiasa membuat kenyataan-kenyataan tidak benar.

• Analog kenyataan Bung, bahawa pada 6.1.2023, litrik padam di Inanam, kesan pokok tumbang. Pada 17.3.2025, Bung masih berkata, litrik padam di Inanam.

• Bung berkata jalanraya berlubang-lubang semasa melalui jalan Kinabatangan pada 6.1.2023. Pada 17.3.2025, Bung masih berkata, jalan raya tersebut masih berlubang-lubang. Pertanyaannya, masih relevan kah kenyataan Bung tersebut? jika relevan, maka kontraktor yang dilantik Persekutuan sebagai penyelenggara jalan langsung tidak melaksanakan kerja.

• Bung berkata bekalan air terputus di kawasan Kota Kinabalu pada 6.1.2023 kesan penyelenggaran Loji Air Kasigui yang terpaksa ditutup atas sebab pencemaran. Pada 17.3.2025, Bung masih berkata bekalan air masih terputus di kawasan Kota Kinabalu.

• Demikian lah maksud tidak langsung kenyataan akhbar Datuk Bung Moktar Radin pada 16 Mac 2025, apabila mendakwa Kerajaan GRS masih gagal menyelesaikan masalah asas rakyat.

• Bung telah dipilih sebagai ahli parlimen Kinabatangan sejak tahun 1995. Beliau pernah berkata di parlimen, peruntukan untuk kawasan beliau tertinggi berbanding kawasan-kawasan lain. Oleh kerana Kinabatangan hampir seluas negeri Pahang, maka kesan peruntukan tersebut pada kemajuan dan Pembangunan tidak kenampakan. Jadi mengapa, selepas dipecat, mendakwa semua masalah tersebut, kerana kegagalan kerajaan GRS?

• Bung pernah dipertanggungjawabkan menyelesaikan kemudahan asas, bermula September 2020- 6 Januari 2023. Jika menurut Ketua Umno itu, penyelesaian kemudahan asas boleh dibuat sekelip mata, mengapa dalam tempoh hampir 3 tahun, kemudahan asas yang dipertanggungjawab kepada beliau tidak selesai, malah jika ikutkan kenyataan beliau pada 16.3.2025, semakin kritikal.

• Oleh kerana Bung memilih membuat kenyataan tidak benar, sebagai modal politik, maka rakyat perlu menilai kedudukan beliau sebagai pemimpin. Seorang pemimpin perlu berani, mengakui kebenaran, menyatakan yang tidak betul. Akan tetapi, Bung bukan sahaja tidak mengakui kebenaran atau fakta akan tetapi mengatakan yang benar itu tidak benar.

• Bung sangat maklum, kerajaan Sabah hari ini sangat komited menyelesaikan isu-isu kemudahan asas yang diwarisi, kerana ianya dibahas dengan mendalam dalam sidang DUN Sabah, yang mana Bung juga turut sama membahas.

• Bekalan air misalnya, di seluruh Sabah lebih 80 Loji Rawatan Air (LRA) dinaik taraf, selain perpaipan yang usang, kerana perpaipan yang usang tersebut menyumbang 60 peratus air tidak berhasil (NRW). Hanya tahun lalu sejumlah RM300 juta daripada Persekutuan diperolehi negeri dan disalurkan kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk digunakan untuk projek-projek tersebut. Setiap projek memerlukan masa, tiada istilah mee segera, seperti mana pengalaman Bung lebih 3 tahun, dalam tempoh masa itu, tiada projek yang disiapkan.

• Apa yang Bung tidak mengakui, bahawa Kerajaan Sabah hari ini, sepertimana dinyatakan oleh Menteri yang telah menggantikan Bung, Datuk Ir Shahelmey Yahya, bahawa adanya projek penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

• Dalam penyelesaian jangka pendek adalah peningkatan kapasiti LRA yang ada. Walaupun kapasiti telah siap ditingkatkan, akan tetapi tidak dapat beroperasi dengan maksimum, atas sebab system perpaipan usang, jika disalurkan pada perpaipan yang usang tersebut, berlaku pecah paip di sana sini, atas sebab itu, bekalan disalurkan secara berperingkat sesuai dengan lajunya naik taraf system perpaipan.

• Penyelesaian jangka panjang, maka telah dibina empangan Hidroelektrik Ulu Padas yang berkos RM4.3bilion yang siang hujung tahun 2029. Empangan tersebut dapat membekalkan 6,000 Juta Liter Air Sehari (JLH) dan cukup untuk memenuhi permintaan pengguna sehingga 100 tahun.

• Berkaitan bekalan elektrik berbagai tindakan Electricity Sabah, antaranya system penyimpanan tenaga bateri di Lahad Datu yang berkapsiti 100MW, apabila beroperasi dapat memenuhi permintaan tenaga di kawasan Pantai Timur Sabah, termasuk kawasan Kinabatangan, kawasan Bung.

• Berkaitan jalan raya, hanya menunggu siapnya Lebuh Raya Pan Borneo, Bung sedar akan itu semua.

• Mengapa Bung menggunakan kemudahan asas sebagai modal politik sejak 6.1.2023, tidak sebelumnya iaitu bermula tahun 1995? Atau tidak pada semasa menjadi Menteri KKR yang dipertanggungjawabkan menyelesaikan kemudahan asas? Apa kah menerusi kenyataan beliau pada 16-3.2025, adalah pengakuan kegagalan beliau?

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑