Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1446H/2025M di Masjid Negeri Sabah pada Isnin.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman dan Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin.

Musa turut menyampaikan sumbangan tunai kepada seramai 30 orang asnaf sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Pengisian sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran ialah majlis khatam dan doa khatam Al-Quran Perdana, Gema Wahyu Illahi oleh Ustaz Wahyu Andi Saputra dan Tazkirah Khas oleh Ustaz Zul Ramli.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri/ Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ruslan Muharam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong dan isteri masing-masing.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading