
Terbukti kedudukan Shafie dalam politik Sabah semakin kecik dan tidak dihormati, baik oleh pemimpin Warisan itu sendiri mahu pun pemimpin dari parti parti pembangkang yang lain.
Kenapa saya berpendapat sedemikian sebab sebelum ini Shafie dan Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari Datuk Hajiji Noor melalui Langkah Kinabalu.
Si Shafie bekerjasama dengan UMNO dalam langkah Kinabalu walaupun selama ini menghina pemimpin UMNO sebagai pencuri dan perompak kekayaan Sabah dan tidak menghormati perjanjian Malaysia 1963.
Tapi digagalkan apa bila beberapa Adun BN dan Adun Warisan itu sendiri bertindak menyokong kerajaan GRS yang diketuai Datuk Hajiji Noor, selaku Ketua Menteri Sabah.
Tidak lama selepas itu Warisan melalui Naib Presiden Warisan, Jaujan Sambakong menyatakan secara terbuka, agar kerjasama UMNO dan Warisan menjadi kenyataan.
Bila UMNO dan PH pusat secara sah menolak kerjasama dengan Warisan; Begitu juga, bila  Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking bertindak hipokrit dengan menyatakan tidak ada perbincangan dengan UMNO, menjelang pilihan raya negeri akan datang. Ertinya tiada kerjasama dengan UMNO walaupun bosnya iaitu Shafie sudah mengorak langkah.
Hari ini Shafie Apdal selaku Presiden parti mengumumkan akan bertanding solo pada pilihan raya negeri akan datang. Yakni tidak ada kerjasama dengan mana mana parti baik bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah mahupun selepas pilihan raya negeri kelak.
Nampak sangat pembohongan Shafie akan berulang. Kerajaan Warisan dibentuk hanya bila Shafie berjaya membeli beberapa Adun BN selepas pilihan raya umum 2018. Wahal sebelum pilihan raya umum 2018 Shafie juga menegaskan perkara sama, parti Warisan tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti termasuk PH, jauh sekali BN. Tapi yang berlaku kerajaan Warisan tidak terbentuk tanpa PH dan setelah beberapa Adun UMNO/BN berjaya dipancing oleh Shafie.
Apa lagi dalam keadaan hari ini, pasti tiada parti yang mampu membentuk kerajaan tanpa kerjasama dari parti lain.
Inilah buktinya Shafie Apdal seorang pemimpin yang sanggup menipu rakyat demi kuasa. Ini juga membuktikan Shafie tidak ada hala tuju perjuangan, ia dikesan sejak dari dulu.
Shafie hanya suka beretorik dan mengada ngada agar rakyat Sabah menyokongnya dan menolak parti pemerintah.
Shafie adalah seorang manusia yang gagal sebagai pemimpin, baik di peringkat daerah, negeri mahupun persekutuan.
Bukan hanya gagal memikul tanggungjawab sebagai Menteri Persekutuan dan Ketua Menteri tapi juga gagal sebagai pemimpin politik iaitu menyatukan dan mengharmonikan kehidupan masyarakat.
Shafie adalah pemimpin yang paling ramai musuh politik. Sebab itulah rata rata pemimpin yang ada nama tidak sudi atau takut bekerjasama parti Warisan mahupun dengan Shafie Apdal secara peribadi.
Sepatutnya jawatan Menteri KKLW yang pernah disandang Shafie serba sedikit berjaya menyelesaikan isu air, letrik dan jalan diluar bandar. Tapi sebaliknya selepas dilucutkan dari UMNO Shafie mempolitikkan masalah air, letrik dan jalan raya luar bandar, walhal dialah yang bertanggungjawab, seperti mana dakwaan pemimpin PKR ketika itu.
Walaupun berkesempatan memegang tampuk kerajaan negeri Sabah tapi tetap gagal menyelesaikan isu air, letrik dan jalan raya. Pun tanpa rasa malu tetap menyalahkan orang lain. Apa jenis munafiklah.
Bukan hanya gagal menunaikan manifesto pilihan raya tapi juga gagal mentadbir negeri Sabah. Pengangguran bertambah, ekonomi Sabah tercorot di Malaysia, walaupun negeri negeri lain juga berhadapan dengan ancaman Covid 19.
Kerja paling mudah semasa kerajaan Warisan, yakni membagi bantuan tunai Covid-19 pun gagal ditunaikan.
Hari ini apa lagi yang pada pihak Warisan selain, berkata nista dan menyebarkan harapan palsu? mereka yang gagal tapi yang disalahkan orang lain. Pui!






















Leave a Reply