Latheefa Tidak Usah Sibuk Pasal Video Si Albert, Sebaiknya Desak Shafie Pulangkan 1.5 Juta

Walaupun Pengarah SPRM, Azam Baki telah menjelaskan kedudukan dan kesahihan Video si Albert. Tetap si Latheefa Koya sibuk mencari kesalahan kerajaan negeri, GRS.

Apa agaknya persubahatan yang telah dipersetujuinya bersama pembangkang, khususnya Warisan yang tidak habis habis mempolitikkan pentadbiran kerajaan GRS.

Kenapa, Latheefa ingat selepas PRN akan datang, Warisan menang dan membentuk kerajaan negeri dan dirinya akan diberikan kedudukan? jangan dia mimpi.

Warisan yang ada pada hari ini, tidak seperti tahun 2018.

Tidak usahlah si Latheefa Koya ikut campur. Video si Albert tidak menyebabkan kerajaan negeri Sabah rugi walau se sen, sebaliknya Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berjaya menggagalkan cubaan si Albert merompak kekayaan mineral Sabah sehingga hampir sejuta ekar.

Si Albert tidak memberikan kerjasama hingga menyukarkan SPRM membuat siasatan yang lebih lanjut. 

Setelah SPRM menjalankan proses forensik ke atas Video  yang disebarkan oleh Malaysiakini ternyata telah  disunting sebelum disebarkan. Bila SPRM minta video asal, si Albert tidak memberikan kerjasama.

Yang sepatutnya si Latheefa Koya lakukan  ialah meneruskan dakwaan terhadap Shafie Apdal.  Memandangkan Shafie sendiri tidak pernah menafikan tuduhan Zuraidah Kamarudin dan Latheefa Koya, kalau RM1.5 juta yang dia berikan kepada Zahida Rafik adalah wang rakyat iaitu dari peruntukan KKLW.

Kalau si Latheefa malas mengheret Shafie ke muka pengadilan. Desak Presiden Warisan agar memulangkan RM1.5 juta kepada rakyat.

Barang diingat tuduhan rasuah terhadap Shafie Apdal membabitkan wang rakyat. Sedangkan tuduhan si Albert melalui video edit  ke atas beberapa pemimpin GRS tidak melibatkan wang rakyat Sabah.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading