Nizam Ingatkan Bung Kestabilan Politik Penting Untuk Pembangunan Berterusan Sabah

Bung Mokhtar seorang pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di Mahkamah berhubung skandal FELCRA. Perbicaraan yang menyebabkan penolakan majoriti rakyat Sabah terhadap UMNO Bung semakin berkobar kobar.

Pun begitu, mari perkuatkan lagi semangat mereka yang ingin melihat UMNO Bung berkubur di pilihan raya negeri Sabah akan datang.

Sebelum ini Bung Mokhtar mempertikai seruan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor terhadap rakyat Sabah. Dimana kalau GRS kuat kenapa merayu sokongan pada rakyat Sabah.

Hanya pemimpin tolol seperti Bung Mokhtar yang tidak merayu undi pada rakyat.  

Benarlah dakwaan masyarakat, bahwa UMNO kalau tidak menggunakan taktik kotor  seperti berbohong dan memanipulasi undi, sudah lama UMNO bungkus di Sabah.

Kemenangan Bung di DUN Lamag hanya mendapat 661 undi majoriti. Begitu juga Zahid Hamidi di Bagan Datuk hanya mendapat 348 undi majoriti.

Hakikatnya merayu  yang diertikan Ketua Menteri Datuk Hajiji ialah sewajarnya rakyat Sabah meneruskan pemerintahan GRS, ini kerana mereka telah merancang kemajuan negeri dan rakyat Sabah yang sudah tentulah hanya kerajaan negeri yang berkemampuan mampu merealisasikannya.

Perancangan jangka panjang yang menuntut kestabilan politik dan kemampuan ekonomi.

Justeru itu Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menegaskan kenyataan Bung Moktar Radin  mempertikai seruan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, tidak berasas.

Nizam berkata, di bawah kepimpinan Hajiji, Sabah mencatatkan pencapaian membanggakan seperti pelaburan RM11.34 bilion dan peningkatan hasil negeri ke RM6.9 bilion pada 2023. Beliau menegaskan bahawa kestabilan politik diperlukan untuk memastikan pembangunan Sabah berterusan tanpa gangguan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading