Ir Shahelmey Tertawakan Bung Mokhtar Dari Belakang

Sepatutnya Bung Mokhtar cakap begini.

Parti UMNO tidak memerlukan pemimpin yang dibicarakan di Mahkamah kerana rasuah dan didapati bersalah. Pemimpin seperti ini tidak akan dinamakan sebagai calon pilihan raya sampai bila bila.

Seperti Bung Mokhtar itu sendiri.

Barulah UMNO nampak ada azam dalam usaha menjajah balik Sabah, biar rakyat Sabah ingat hanya UMNO yang dapat membantu mereka. 👎

Sarawak maju kerana disana tiada parti UMNO malah diharamkan. Mereka sedar taktik UMNO menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri tidak stabil. Baik UMNO sebagai kerajaan mahupun sebagai pembangkang.

Tapi yang diucapkan, tetap soal parti UMNO yang cuba dihidupkan di perkasa semula di  Sabah.

Bung Mokhtar berkata UMNO tidak akan pilih pemimpin yang tidak setia sebagai calon pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Yang dimaksudkan ialah Ahli Parlimen Putatan, Ir Shahelmey.

Saya pernah dimaklumkan yang Ir Shahelmey akan bertanding  atas tiket GRS pada pilihan raya negeri akan datang. Ini perlu si Bung Mokhtar maklumi.

Tadi saya terbaca kenyataan Ir Shahelmey bahwa pentadbiran UMNO pusat masih mencatat namanya sebagai ahli UMNO.

Ertinya UMNO lebih sayangkan Ir Shahelmey berbanding Bung Mokhtar. Dan Ir Shahelmey sedang mentertawakan Bung Mokhtar

Ada benarnya berita yang saya terima dua hari lepas.

  1. Ir Shahelmey akan bertanding atas tiket GRS jika UMNO melucutkan keahliannya.
  2. Bung Mokhtar meringkuk dalam penjara dan jawatan Pengerusi BN Sabah akan di isi oleh Rahman Dahlan atau Salleh Said.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading