Pening Ismail Sabri Tutup Skandal RM282 Juta Babit Isteri Suhaimi Nasir

Dipercayai pada era Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia. Terdapat fail, surat menyurat dan dokumentasi perbelanjaan untuk Komunikasi Strategik bernilai RM282 juta yang dijalankan secara rundingan terus.

Susulan itu SPRM telah menyerbu rumah setiausaha kepada bekas Perdana Menteri Ismail Sabri dan berjaya merampas ringgit Malaysia 100 juta.

Butiran diatas saya ambil dari entri laskar UMNO Malaya. Tidak pasti pula kenapa orang UMNO sendiri yang mendedahkan salah laku Ismail Sabri dan bekas setiausahanya.

Setiausaha yang dimaksudkan ialah isteri Suhaimi Nasir? Si Nor Nazimah Hashim, selaku Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri.

Ini kali lah si Ismail terpaksa membabitkan UMNO Sandakan sebagai antara pihak yang mencuri wang rakyat. 😂

Nanti kamu tengok surat yang ditandatangani oleh si Nazimah. Kiranya dia ni menjadi suspek utama dalam skandal UMNO kali ini.

Kebetulan.

Tidak menunggu lama setelah Si Suhaimi sembang kencang di media sosial berkaitan video si Albert. Hari ini penyelewengan membabitkan  isterinya pula di dedahkan oleh laskar UMNO.

Rupa-rupanya selama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia. UMNO Sandakan ibarat tidur di atas duit. Tidur atas duit rakyat, tapi kewujudan mereka sebagai pemimpin UMNO Sabah, ada tidak ada sama saja. Tengok pengundi Sandakan hari ini, ramai menyokong GRS dan Warisan berbanding UMNO.

Semakin kuatlah penolakan rakyat Sabah ke atas UMNO. UMNO Sandakan adalah golongan yang paling tidak dipercayai oleh rakyat Sabah. Terutama si Bung Mokhtar dan si Suhaimi Nasir suka benar bercakap terbalik macam saja orang Sabah masih belum sedar dari pembodohan UMNO. Nah sekarang apa cerita, terbongkar isteri sendiri antara dalang skandal RM282 juta dan bakal membungkuk di penjara?

Pelik saya UMNO Sandakan ni. Bung Mokhtar yang dibicarakan di Mahkamah kerana rasuah FELCRA juga melibatkan isteri.

Padan pun bila ditanya dari mana si Suhaimi dapat duit membina pusat pelancongannya di Sandakan. Dia dan macainya hanya mampu beretorik mendakwa orang lain pula yang makan rasuah. Sedangkan belum ada pemimpin GRS  dibicarakan di Mahkamah dan didapati bersalah.

Dibawah dokumen yang di dakwa sebagai alat untuk menyeleweng wang rakyat  membabitkan Ismail Sabri. Ditandatangani oleh isteri Suhaimi Nasir iaitu setiausaha

Sudah menjadi cara UMNO. tidak melalui projek dan pelaburan sedangkan  dalam masa yang sama memberi manfaat kepada negeri dan masyarakat. Tapi dengan mencuri secara langsung dana rakyat, menggunakan kertas A4.

Betullah orang kata UMNO harus dikuburkan di Sabah. Ismail Sabri pun out, apa lagi Zahid Hamidi, Bung Mokhtar dan Suhaimi Nasir.

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2025/02/1179543/more-rm100mil-cash-seized-home-ex-pms-aide-watch?sfnsn=mo

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading