Apa Kata Presiden Transparency International Malaysia Pasal Video Perasuah Albert (Video)

Penjelasan SPRM berhubung video si Albert sengaja tidak diakui oleh pemimpin dan penyokong pembangkang kerana di anggap karut.

Tapi tidak  mengapa, bukan pembangkang yang menentukan benar atau salah satu satu perkara. Yang pembangkang tahu hanya menyalahkan semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan.

Walhal perbicaraan Shafie Apdal di Mahkamah berhubung skandal KKLW, dibatalkan oleh Menteri Undang Undang dari parti Warisan bukan SPRM, Peguam Negara atau pun pihak Mahkamah. Yang ini mereka boleh terima pula.

Pengarah SPRM, Azam Baki menjelaskan si Albert tidak menyerahkan bukti yang mereka ada agar siasatan dapat dijalankan dengan lebih lanjut dan telus.

Si Albert hanya berurusan dengan editor Malaysiakini tapi dalam masa yang sama menuntut keadilan dari kerajaan.

Azam Baki juga menjelaskan  setelah forensik dijalankan ke atas video yang disiarkan oleh Malaysiakini, di dapati video berkenaan telah melalui proses penyuntingan atau ada babak yang dipotong menyebabkannya tidak lagi tulen.

Bermaksud pembangkang Warisan dan UMNO Sabah sengaja tidak mempercayai agensi kerajaan. Bagaimana pula jika pihak yang menjelaskan berhubung video si Albert, badan separa kerajaan. Mungkin pihak Warisan boleh menerima alasan yang diberikan? Bha mari kita dengar baik baik.

Individu yang menjelaskan dalam video dibawah adalah Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading