
Macai Warisan mengada-ngada lagi. Kali ini berhubung tajuk artikel berkaitan ucapan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Seperti mana link dibawah;
Hajiji: Beri Peluang Sekali Lagi Kepada Kerajaan Pimpinan Saya Memerintah
Macai sengaja mendakwa kononnya itu menunjukkan KM Hajiji gagal dan perlu ditukar.
Kalau komen secara langsung yang saya terima pula mendakwa kononnya KM Hajiji masih tidak puas.
Pelik saya pemikiran dan sikap macai/laskar Warisan. Tidak pernah berubah, semua perkara dilihat dari sudut negatif dan seolah olah ada dikalangan pemimpin UMNO Sabah dan Warisan layak dan mampu menggantikan Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Hakikatnya seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sabah sempena program bersama penjawat awam yang berlangsung semalam.
Bahawa masih terlalu banyak yang perlu kerajaan lakukan untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat.
“Dengan hati dan minda yang terbuka, saya berharap Kerajaan ini akan diberi peluang sekali lagi oleh rakyat untuk meneruskan pemerintahan di negeri yang bertuah ini.
“Jika Kerajaan ini kembali memerintah, insya Allah kita akan kekal bersama-sama menjayakan dan memperhebatkan lagi pelaksanaan Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ 1.0 akan menjadi Hala Tuju SMJ 2.0, demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat, sesuai dengan agenda untuk menjadikan Sabah negeri yang hebat”, katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 20205 Ketua Menteri Bersama Penjawat Awam di Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Khamis.
Katanya, agenda besar Kerajaan pada hari ini ialah untuk menjadikan Sabah sebuah negeri yang hebat dan cemerlang dalam pelbagai sektor pembangunan pada masa akan datang.
Ada banyak program jangka panjang yang telah dirancang oleh kerajaannya dan ia menuntut usaha berterusan dari kerajaan yang sama.
Sabah Rangka Hala Tuju Strategik Pembangunan Negeri RMKe-13
Seharusnya macai Warisan mencontohi kematangan rakyat Sarawak. Pelbagai berita penyalahgunaan kuasa dihalakan oleh pembangkang baik dalam mahupun luar negara ke atas Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud ketika itu dan hari ini era Abang Johari . Tapi ironinya GPS selaku kerajaan semakin utuh sehingga saat ini.
Hasilnya misi dan visi pentadbiran GPS menjadi kenyataan. Sarawak dinilai negeri yang maju bukan hanya oleh rakyat Sarawak itu sendiri tapi juga rakyat Malaysia.
Rakyat Sarawak walaupun menjadi pembangkang tapi matang dan faham apa yang dikatakan politik dan bagaimana seorang wakil rakyat atau Menteri itu memikul dan meneruskan tanggungjawabnya baik kepada pengundinya mahulun kepada masyarakat Sarawak secara umumnya. Mereka percaya siapapun yang menjadi kerajaan perkara apa yang dipanggil skandal akan tetap terjadi, asalkan tidak mengorbankan keselamatan, hak dan harta rakyat Sarawak.
Bukan macam Shafie Apdal tidak memikirkan nasib rakyat dan kemajuan Sabah yang penting kuasa. Sebab itu walaupun Sabah turut diancam Covid-19 tapi sanggup mengada pilihan raya negeri. Last last kalah teruk dan orang sendiri ramai yang meninggal.
Pada pilihan raya Parlimen 2022, Warisan juga kalah teruk, hanya mendapat tiga kerusi parlimen. Orang kuat Shafie, si Aziz Jamman dan Darell Leiking turut kalah teruk.
Dua tahun lebih Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah, hanya sibuk menjaga kerabat dan kroni. Janji memajukan Sabah tidak ada yang ditunggu. Janji pada orang kampung juga tidak ditunaikan. Sebab itulah pada pilihan raya negeri 2020, Shafie dan orang orangnya terpaksa berbohong demi menutup kegagalan dan ketololan mereka. Pui!
Sehingga hari pun politik Warisa terus berbohong, perkauman dan memfitnah, sebab itu saja modal yang mereka ada, macam orang mabuk todi. Ingin bercakap soal kemajuan tapi tidak yang boleh ditunjukkan pada rakyat Sabah.






















Leave a Reply