Rakyat Sabah Tahu Skandal KKLW,  Agensi Pelancongan Dan MITI – Video Albert Berniat Jahat

Meroyan si Junz Wong. Dia cuba menggunakan video si Albert sebagai modal politik Warisan dengan maksud, agar kerajaan Warisan dilihat sama kaki rasuah dengan  Shafie Apdal dan kerabatnya, semasa menerajui Kementerian KKLW  melibatkan RM1.5 bilion peruntukan untuk membina prasarana, jalan raya, letrik dan air luar bandar.

Begitu pula kualiti si Junz Wong bila menjelaskan satu satu isu, nampak sangat tiada kualiti langsung. Hilang fokus sebab lebih kepada menokok tambah pembohongan yang dirancang oleh si Albert Tie dan macainya si Jontih.

Kiranya si Junz Wong tiada beza dengan macai Warisan, main cakap saja. Sama ada isu itu  membabitkan orang lain atau pun membabitkan pemimpin Warisan yang disiasat oleh SPRM. Pokoknya kerja mereka menafikan dan membohong walau ekor sedang bergelumang dengan najis sendiri.

Si Junz dalam videonya mendakwa kononnya rakyat Sabah sudah tahu rasuah video semua adalah benar.

Hanya orang  yang kurang atau tidak ada ilmu pengetahuan am yang menafikan kenyataan pihak yang berwajib, SPRM. Azam Baki dalam satu kenyataan, bahwa siasatan sukar diteruskan sebab bukti yang mereka ada tidak lengkap. Macam mana boleh lengkap kalau si Albert menyalurkannya ke portal Malaysiakini untuk di putar belit tapi dalam masa yang seolah olah menuntut keadilan.

Terbaru Azam Baki selaku Pengarah SPRM Malaysia mendedahkan ketulenan video yang dikatakan skandal Sabah.

Setelah menjalani proses foresik, di dapati video si Albert adalah suntingan hingga membentuk jalan cerita bagi memburukkan imej kerajaan negeri dan pemimpin GRS berkenaan.    

Blog ini sendiri sudah  menjelaskan beberapa kali bahwa si Albert Tei dan orang orangnya dari Semenanjung cuba memiliki tanah hampir  sejuta ekar di Maliau Basin. Tapi digagalkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor kerana keterlaluan walaupun atas nama pelaburan.

Justeru menjadi perkara mustahil jika rakyat Sabah tidak berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Iya rakyat Sabah sudah tahu Junz Wong, tapi  tahu ada pihak cuba merompak kekayaan negeri Sabah dan perompak itu tampak disokong oleh Warisan demi undi. Pui!

Sekarang saya ulang balik, kali ini dalam versi yang di forward pada saya. Saya tidak kenal rapat pun individu itu yang pasti berbangsa Cina. Kami hanya dalam satu grup  WhatsApp.

Saya tidak kongsi info yang berlegar legar di grup WhatsApp, melainkan diberikan terus kepada saya. Info  itu saya akan nilai dan selepas itu saya rela dipertanggungjawabkan, seperti dibawah.

Kepada Junz Wong dan macainya Warisan yang lain, silakan nembacanya kalau sangsi sila komen dimana mana platform media masa. Saya cabar kamu orang. Pui!


The REAL whistleblower
Langkah Billiard & Biawak

Ketika Sabah Minerals Management Sdn Bhd (SMM) membatalkan dan/atau menolak lesen penerokaan (PL) yang dikaitkan dengan individu yang digelar “pemberi maklumat”, Datuk Albert Tei mengancam bahawa “akan berlaku gempa bumi di Sabah” sekiranya Lembaga Pengarah SMM tidak mengubah keputusan mereka.

Menurut pernyataan tuntutan (SOC) yang difailkan oleh SMM terhadap Tei dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMM, Jontih Enggihon, di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada 10 Januari 2025, Tei turut mengugut bahawa beliau dan kartelnya “tidak akan berdiam diri.”

“Albert Tei kemudian mengarahkan CEO SMM (yang menggantikan Jontih) untuk menyampaikan mesej kepada Ketua Menteri bahawa jika Ketua Menteri berpegang pada keputusan Lembaga Pengarah untuk menolak permohonannya, beliau harus bersedia menghadapi ‘bom jangka’. Albert Tei juga menyatakan kesediaannya untuk berperang dengan Kerajaan Negeri dan akan menyebabkan kejatuhan kerajaan,” menurut SOC tersebut.

“Untuk melaksanakan ancaman tersebut, Albert Tei turut menyatakan bahawa bekas CEO SMM (Jontih Enggihon) akan menjadi saksi dan ‘mendedahkan’ salah laku Kerajaan Negeri Sabah.”

Secara keseluruhan, 21 syarikat yang dikaitkan dengan Tei memohon PL untuk kawasan seluas 800,000 ekar, hampir 5% daripada keluasan Sabah. Dua permohonan ditarik balik, tiga lagi tamat tempoh tanpa lanjutan, manakala 16 tidak diluluskan oleh Lembaga Pengarah SMM, yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Albert Tei, bagaimanapun, menyatakan bahawa jika Ketua Menteri dan Lembaga Pengarah mengubah keputusan serta meluluskan permohonan syarikatnya, beiiau tidak akan mengeluarkan kenyataan media untuk menjatuhkan kerajaan tetapi sebaliknya akan memberikan sokongan penuh kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri,” kata seorang ahli perniagaan dari Semenanjung Malaysia.

“Namun, walaupun menerima ancaman sebegitu, Ketua Menteri tetap teguh dan tidak berganjak, walaupun selepas Tei cuba menyogoknya dengan wang.”

Kurang daripada dua bulan kemudian, Tei menunaikan ancaman beliau.

Bagi mendesak Hajiji, Tei menyerahkan video “pemberi maklumat” yang telah disunting, dan dirakam secara rahsia, kepada Malaysiakini, yang kononnya bertujuan menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah terlibat dalam pemberian PL.

Malaysiakini melindungi identiti Tei, menggelar beliau sebagai “pemberi maklumat” dan mencipta imej positif bagi seorang pemeras ugut.

Ironinya, Malaysiakini seolah-olah menyebelahi Tei, walaupun salah seorang wartawannya pernah mengalami kejadian buruk dengannya pada tahun 2017.

Malaysiakini dan Tempo, sebuah majalah berita terkenal dari Indonesia, pernah menyiasat sebuah kilang penapisan di Selangor yang menjadi tempat persembunyian pekerja wanita tanpa izin dari Indonesia.

Menurut Tempo Institute, dua wartawan, seorang dari Malaysia dan seorang dari Indonesia, bertemu dengan pemilik kilang itu, yang kemudian mengugut mereka agar tidak menyiarkan laporan tentang kegiatan haramnya.

Pemilik kilang itu ialah Albert Tei, yang cuba memaksa kedua-dua wartawan tersebut menandatangani surat akuan untuk tidak menerbitkan berita mengenai aktiviti pemerdagangan manusia yang dilakukannya.

“Sudah tentu, mereka menolak. Dari Jakarta, editor eksekutif Tempo, Wahyu Dhyatmika, menghubungi Tei dan berunding untuk membebaskan kedua-dua wartawan itu,” lapor Tempo Institute pada 2018.

“Perbualan mereka tegang. Akhirnya, Albert Tei membebaskan wartawan tersebut, dan laporan pemerdagangan manusia itu diterbitkan di kedua-dua media.”

Tempo Institute turut melaporkan: “Di Malaysia, liputan tersebut mencetuskan kekecohan. Polis Diraja Malaysia kemudian menangkap Albert dan menamakan beliau sebagai suspek pemerdagangan manusia.”

Daripada seorang suspek pemerdagangan manusia, Tei kemudian “cari makan” di Sabah, di mana dia bersekongkol dengan biawak CEO, Jontih, untuk memonopoli mineral negeri.

Jika kerajaan Sabah tunduk kepada pemeras ugutannya, Tei dan Jontih pasti masih menjalankan perniagaan seperti biasa. Sebaliknya, sebagai memenuhi ancaman mereka sebelum ini, pemeras ugut tersebut telah mencetuskan “gempa politik” yang direka-reka.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading