Terence Buta Tuli Tidak Tahu Sabah Pun Ada Syarikat Penerbangan Sendiri

Naib Presiden parti tapi tidak bermanfaat kepada rakyat Sabah

Terence Siambun, Naib Presiden parti Warisan tapi macam tiada guna. Baik semasa Warisan menjadi kerajaan mahupun hari ini sebagai pembangkang kerjanya hanya rajin  mengada-ngada dan ikut ikutan. Bongok, macam sekarang lah.

Kalau ada yang menafikan tuduhan diatas tolong nafikan dan tunjukkan buktinya, mana yang  telah menguntungkan rakyat Sabah.

Artikel ini bagi membuktikan si Terence sengaja membesar besarkan kejayaan negeri Sarawak untuk memfitnah kerajaan dan kepimpinan GRS. Sedangkan dia tahu faktor yang menyebabkannya.

Si Terence menyindir kerajaan Sabah kononnya tidak ada Air Borneo macam Sarawak yang ada kononnya skandal. Dupang.

Macam saja semasa kerajaan Warisan tidak ada skandal rasuah. Walhal orang kuat atau pengiring Shafie Apdal dari Semporna disebut sebut di Mahkamah semasa perbicaraan. Terlepas dari hukuman walaupun menjadi orang tengah semasa transaksi wang rasuah, melibatkan agensi pelancongan.

Jangan hairan kenapa Sarawak lebih maju bukan hanya berbanding Sabah tetapi kebanyakan negeri negeri di Semenanjung.

Politik Sarawak stabil kerana parti yang memerintah tidak bertukar, walhal  serangan pembangkang cukup panas ke atas Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud, ketika itu dan GPS semakin kuat sehingga hari ini.

Banyak skandalnya, pembaca boleh Google. Tapi ia tidak menjadi isu kepada majoriti rakyat Sarawak yang berfikiran matang dan memahami bagaimana kerajaan berjalan.

Bila pemerintah tidak bertukar maka segala pembangunan yang dirancang dan menuntut sokongan pemerintah serta memerlukan tempoh yang cukup lama, dapatlah dilaksanakan sehingga projek itu menjadi kenyataan.

Sabah? terbentuk saja kerajaan Warisan yang dicari projek projek yang sedang berjalan. Dinilai balik dan skop kerjanya diubah sebagai alasan untuk mencadangkan kontraktornya baharu. Seperti contoh projek Pan Borneo, sengaja skop kerja diubah dan mereka mencadangkan kontraktor baharu dari kalangan kroni. Pui!

Di Sarawak tiada bekas PTI yang mengada ngada dalam politik. Kalau pun ada hak mereka dihadkan. Tidak seperti di Sabah walaupun tampak tidak ada semangat nasionalisme, tapi dibiarkan malah disokong. Bodoh!

Politik Indonesia dan Filipina sendiri  menolak campur tangan politik  dari orang yang masih dianggap bekas pendatang. Di Indonesia orang Arab yang lahir dan wujud sejak Indonesia belum merdeka pun masih dianggap pendatang dan kalau ikut  berpolitik akan dihalang mala diingatkan akan dihalau dari bumi Indonesia.

Sebenanrya Sabah ada syarikat penerbangan sendiri yang dikenali Sabah Air Aviation S/B tinggal lagi belum beroperasi macam AirAsia atau MAS. Tapi yang pasti pada 2023, SAASB telah memulakan usahanya. 

Jadi dakwaan Sabah tiada syarikat penerbangan sendiri adalah pembohongan, cuba mengelirukan rakyat Sabah.

Klik link dibawah, antara bukti Kerajaan Negeri Sabah melalui Sabah Air  tidak hanya duduk diam melihat kemajuan negeri lain, tapi juga berusaha mengujudkan pemerbangan komersial. Sekali lagi klik link dibawah :-   

Sabah Air Aviation Sdn Bhd

Berani kau menyindir. Apa pula jasa kerajaan Warisan pada negeri dan rakyat Sabah? tiada, kewujudan Warisan hanya menyebabkan pentadbiran kerajaan bercelaru di mata rakyat Sabah, walaupun sebenarnya ok jak pun.

Di Sarawak pembangkangnya agak cerdik berbanding Warisan di Sabah. Pembangkang Sarawak  bersetuju dan menyokong tindakan kerajaan yang penting dapat menyumbang kepada ekonomi dan keharmonian masyarakat.

Sebaliknya di Sabah pembangkangnya tidak boleh nampak pelabur terus dituduh berlaku rasuah. Bila mau maju, tak kan pelabur  tidak boleh ada kepentingan mereka.

Siapa yang melantik tauke Cina dari Sarawak sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan? Kalau bukan Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah ketika itu. Saya mau cakap tidak perlu import orang Sarawak sebagai Presiden Majlis tapi cukup pemimpin Warisan berfikiran matang dan jangan gila kuasa, semua mau dipolitikkan. Pui

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading