Bantahan Pihak Ketiga Sebab Jalan Kilang Lahad Datu Tidak Diperbaiki

Ini bha cerita yang sebenarnya, pasal jalan kilang di Lahad Datu.

Saya secara peribadi tahu sangat kerosakan jalan berkenaan, dimana rosak sejak lima tahun yang lalu malah lebih lama, sebenarnya.

Cuma baru baru ini laskar Warisan seolah olah anak anak pemandu lori dok syok sendiri menyalahkan kerajaan negeri. Setelah gagal menghalang Tan Sri Musa dari menduduki kerusi TYT ke 11 Sabah.

Tidak sedar diri langsung sedangkan yang mereka undi  calon dari parti Warisan tapi tidak pula mereka pertanggungjawabkan.

Jika sekalipun macai Warisan berdegil yang itu bukan jalan kilang tapi jalan persekutuan. Habis itu Ahli Parlimen Lahad Datu, Yusof Apdal bukan  berstatus Menteri diperingkat persekutuan kah? kenapa tidak dipertanggungjawabkan.

Jalan berlubang sebesar otak kosong penyokong Warisan Lahad Datu itu adalah jalan raya yang didirikan di atas tanah persendirian. Sebab itulah setiap kali Globinaco syarikat yang  dilantik cuba membaikinya, mereka dihalang oleh pemilik tanah. Sebab mungkin tidak mendapat bahagian.

Jadi kan pada macai Warisan terutama yang tidak ada tanah itu, jangan syok cerdik macam tahu urusan tanah.



LAHAD DATU: Syarikat konsesi yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan jalan raya negeri, Globinaco Sdn.Bhd menghadapi masalah untuk membaiki Jalan Kilang, Lahad Datu yang rosak teruk berikutan bantahan pihak ketiga.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan berkata, jalan tersebut kini dalam keadaan yang amat penyedihkan dengan beberapa lubang besar di kiri dan kanan jalan tersebut sehingga menyukarkan kenderaan kecil melaluinya.


Jurucakapnya berkata, jalan negeri  itu di bawah senggaraan Globinaco dan lokasi berkenaan telah disenaraikan untuk pembaikan pada tahun ini (2024) dan peruntukan juga telah diluluskan.


“Akan tetapi, kerja pembaikan tidak dapat dimulakan disebabkan terdapat bantahan dari pihak ketiga yang mendakwa status tanah di lokasi tersebut masih tanah persendirian dan bukannya rizab jalan.


“Perkara ini telah dirujuk kepada Jabatan Tanah & Ukur (JTU) dan jabatan ini sedang menunggu pengesahan dari pihak JTU sebelum kerja-kerja pembaikan tersebut dapat dimulakan”,  katanya dalam kenyataan, hari ini.


JKR Sabah mengulas sebuah video yang tular di media sosial mengenai Jalan Kilang, Lahad Datu yang menimbulkan pelbagai reaksi oleh netizen.


Menurutnya, Jurutera Daerah Lahad Datu telah memaklumkan bahawa ada individu yang menghalang pihak Globinaco untuk melaksanakan kerja pembaikan jalan di lokasi tersebut.


“Individu tersebut mengakui Jalan Kilang termasuk dalam kawasan tanahnya. Pihak Globinaco beberapa kali ingin melaksanakan kerja pembaikan tetapi dihalang oleh individu tersebut”, katanya.


Video yang tular di media sosial mengenai keadaan Jalan Kilang Lahad Datu.

Sumber.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading