Kenyataan Balas Terhadap Setiausaha Agung DAP Anthony Loke – SU Politik KM Hajiji

  1. Saya mengulangi kenyataan awal, bahawa semua pihak terutama komponen kerajaan perpaduan wajib menghormati YAB PM selaku pemimpin kerajaan. Kita tunjukkan rasa hormat dan keyakinan kita kepada kepimpinan negara seperti yang dijelaskan dalam konsep Malaysia Madani.
  2. YAB PM telah memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas dan telus. Bukankah itu yang memang kita mau dan sering diungkapkan secara konsisten selama ini?
  3. Tindakan drastik seperti meninggalkan kerajaan negeri sebelum siasatan selesai adalah terburu-buru dan tidak konsisten dengan prinsip undang² – seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
  4. Kenyataan awal oleh setiausaha DAP Sabah Vivian Wong yang mengiktiraf dan menghargai tindakan tegas KM yang tidak mengeluarkan lesen melombong adalah tepat.
  5. Disebalik pelbagai khabar yang dipetik daripada sumber video yang disunting itu, satu fakta yang jelas ialah YAB KM tiada mengeluarkan lesen dan menyerahkan kawasan mineral kepada mana-mana pihak. Oleh itu semua pihak patut memuji dan berterima kasih dengan YAB KM atas tindakan tegas ini.
  6. Saya percaya Dap dan PKR yang sekian lama konsisten bersama YAB PM akan terus berdiri teguh dalam menangani isu yang sedang dimainkan sekarang ini.

Abdul Rahman Yakub adalah
Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah yang juga pemimpin PKR

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading