
Nah kenapa sudah si Albert Lie tiba tiba bacul sedangkan sebelum ini garang macam babi tunggal, mana kan tidak Ketua menteri pun mereka ugut.
Dia ugut sebab Ketua Menteri Hajiji tidak meluluskan permohonan tanah untuk dijadikan perlombongan mineral. Difahamkan keluasan tanah yang dimohon hampir 1 juta ekar. Sedangkan sebahagian besar kawasan itu adalah kawasan perlindungan sepenuhnya (totally protected areas), kawasan tadahan air, dan kawasan pemeliharaan. Apabila permohonan mereka tidak disokong sekaligus diluluskan oleh Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor. Maka beberapa klip video disebarkan sebagai usaha untuk mengancam Kerajaan Negeri.
Tuduhan bahawa wakil rakyat meminta habuan atau melakukan salah laku berkaitan isu ini adalah tidak berasas.
Sebelum ini si Albert Lie dan Jontih bukan hanya mendakwa mempunyai video membabitkan beberapa Adun. Tapi diam diam mereka sebarkan atas sokongan pemimpn utama UMNO dan portal berbayar Malaysiakini. Tapi UMNO menafikan keterlibtan mereka, sedangkan dalam masa sama mencadangkan Jeffery Kitingan menggantikan Datuk Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah. Begitu juga Ketua Pemuda UMNO pusat tiba tiba menggesa Ketua Menteri supaya buat laporan Polis. Dasar UMNO yang terkenal dengan pemimpinnya dihadapkan ke Mahkamah kerana rasuah.
Sekarang apa cerita Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya tidak dapat memberi jaminan perlindungan dan imuniti seperti dituntut si Albert dan si Jontih itu sehingga SPRM memperoleh bukti berkaitan.
Sebaliknya yang dilakukan dua mangkuk itu, memberikan video yang mereka dakwa bahan bukti hanya kepada Malaysiakini.
Nampak sangat berniat jahat dalam usaha mereka merompak khazanah Sabah.





















