Sokongan Kepada Komitmen Kerajaan Negeri Pertahan Sumber Asli Sabah

𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

Saya menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah mengeluarkan lesen melombong kepada mana-mana pihak dan sumber mineral Sabah akan terus dijaga dengan penuh integriti demi kesejahteraan rakyat.

Sebagai rakyat Sabah, saya percaya ketegasan kerajaan dalam menjaga kedaulatan sumber asli negeri ini adalah langkah penting untuk memastikan Sabah terus maju tanpa menggadaikan kepentingan alam sekitar. Mengeluarkan lesen prospecting untuk tujuan penerokaan dan kajian geomineral adalah satu hal yang biasa untuk tujuan kajian dan meneroka potensi.

Pada masa yang sama, usaha pihak tertentu untuk memanipulasi fakta melalui penyebaran video dan propaganda politik bagi mencetuskan keresahan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tuduhan palsu sebegini hanya bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negeri serta mencemarkan nama baik kerajaan.

Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada pentadbiran YAB Ketua Menteri atas komitmen untuk mempertahankan prinsip ketelusan, keadilan, dan kejujuran dalam pengurusan sumber asli negeri.

Marilah kita semua bersama-sama menyokong usaha ini demi memastikan Sabah terus maju, stabil, dan makmur untuk generasi masa depan.

“SABAH MAJU JAYA”

YB Nizam Abu Bakar Titingan
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri
ADUN (N.68) Apas

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading