Kerajaan GRS Tidak Akan Tunduk Pada Ancaman Politik – KM Hajiji

Ya kerajaan Sabah tidak akan tunduk pada ancaman politik yakni pembunuhan karakter untuk menguasai Sabah baik soal politik mahupun memonopoli kekayaan Sabah.

Seperti yang dilakukan oleh macai UMNO, Albert Lie dengan merakam perbualannya bersama pemimpin kerajaan negeri, lalu dimanipulasi. Dengan harapan kepimpinan negeri akan takut dan terpaksa mengikut telunjuk mereka.

Suka saya mendedahkan permainan yang sedang dimainkan oleh musuh musuh Sabahan.

Ancaman pihak UMNO dan beberapa balaci PH melalui Perasuah Albert Lei bukan hanya soal kekayaan dan pengaruh politik. Tapi ada misi dan visi yang lebih jahat dan jauh. Mereka tidak ingin ada Sarawak 2.0 iaitu politik dan ekonomi Sabah merdeka sama seperti Sarawak. Nanti tidak pasal pasal rumput makanan haiwan dijadikan ulam, atau paling parah terpaksa mengemis pada Rohingya.

Sabah rumah kita, kita jaga. Slogan yang cuba dibunuh oleh Yahudi Yahudi Malaya.

https://www.utusanborneo.com.my/2023/11/14/hajiji-tiupkan-gelora-semangat-rumah-kita


TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA ANCAMAN POLITIK

Berikutan penyebaran beberapa klip video terbaharu, saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa sumber mineral negeri ini kekal terpelihara dan diuruskan dengan teliti demi masa depan rakyat. Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran saya tidak pernah mengeluarkan lesen melombong (mining lease) kepada mana-mana pihak. Sebarang dakwaan bahawa lesen melombong telah diberikan adalah tidak benar sama sekali.

Setakat ini, kerajaan hanya mengeluarkan prospecting license yang bertujuan untuk penerokaan dan pengumpulan data geomineral. Proses ini adalah langkah awal yang diperlukan sebelum sebarang permohonan mining lease daripada syarikat yang layak dapat dipertimbangkan.

Malangnya, isu ini telah dijadikan propaganda politik oleh pihak-pihak tertentu dengan niat jahat untuk mencetuskan kekeliruan dan menggugat kestabilan politik. Kerajaan Sabah tidak akan tunduk kepada usaha yang berniat untuk menggugat kestabilan politik negeri.

Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan kumpulan tersebut melibatkan tanah yang sangat luas, hampir 1 juta ekar. Sebahagian besar kawasan itu adalah kawasan perlindungan sepenuhnya (totally protected areas), kawasan tadahan air, dan kawasan pemeliharaan. Apabila permohonan mereka tidak berjaya, beberapa klip video telah disebarkan sebagai usaha untuk mengancam Kerajaan Negeri. Tuduhan bahawa wakil rakyat meminta habuan atau melakukan salah laku berkaitan isu ini adalah tidak berasas.

Perbuatan mengaitkan rakaman video yang telah disunting dan disebarkan dengan niat jahat, termasuk ancaman berbentuk pemerasan jenayah, adalah tindakan terdesak yang bertujuan mencemar nama baik kerajaan dan menjejaskan kestabilan politik Sabah.

Oleh itu, saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbiran saya kekal berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan, dan kejujuran. Marilah kita bersama-sama memastikan kerajaan ini terus bertanggungjawab, responsif, dan fokus kepada keperluan rakyat demi masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading