Hanya 2 Adun Pembangkang Hadir Sesi Urus Miskin Tegar – Semporna/Lahad Datu Mana?

Yusof Apdal selaku ahli Parlimen Lahad Datu dan Shafie Apdal selaku Ahli Parlimen dan Adun di Semporna, kenapa tidak ada?

Sedangkan Lahad Datu tersenarai sebagai daerah termiskin di Sabah. Semporna pula semasa kerajaan Warisan masyhur sebagai daerah terkotor di Malaysia, hakikatnya bukan hanya terkotor tapi juga termiskin.

Kalau begini, macam manalah masyarakat Lahad Datu dan Semporna layak diberikan peruntukanย  sumbangan atau pun modal perniagaan. Hemmm!

Kebanyakan Premis perniagaan yang kamu nampak gah adalah milik tauke Cina, termasuklah sebahagian besar restoran/kedai makan.

Era kerajaan Warisan yang dipegang lesen sangkar ikan tapi yang dijalankan premis pelancongan, kenapa tidak nampak macam kaya raya. ๐Ÿ˜‚


Hanya 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti bukan Kerajaan dan 3  lagi wakil mereka menghadiri Sesi Libat Urus Pemurnian Data Miskin Tegar Negeri Sabah Fasa 2.0 Bersama ADUN Siri 01, yang diadakan di Hyatt Centric pada Khamis.

ADUN parti pembangkang yang hadir ialah Encik Assaffal @ Samsul Kamal P. Alian (Tungku) dan Dr.Daud Yusof (Bongawan). 3 orang wakil ADUN daripada kawasan Sungai Manila, Sukau dan Darau.

Sesi libat urus itu dianjurkan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri, susulan arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor semasa Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Keenam Belas, baru-baru ini.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading