
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor semasa sidang DUN kali ketiga penggal kelima. Menjawab soalan Ahli Yang Berhormat dari Senallang telah mengemukakan pertanyaan berkaitan tiada penanaman semula pokok dalam kawasan hutan simpan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, melalui Action Plan on Forest Plantation Development (2022-2036), Kerajaan Negeri telah mensasarkan untuk membangunkan seluas 400,000 hektar kawasan ladang hutan (Industrial Timber Plantation – ITP) dalam kawasan hutan simpan yang telah dikenal pasti terosot, dalam tempoh 20 tahun bermula tahun 2022 hingga 2036.
Setakat bulan Oktober 2024, seluas 180,901 hektar kawasan ladang hutan telah berjaya dibangunkan (bagi tahun 2024 sahaja, seluas 3,328 ha kawasan ladang hutan telah dibangunkan).
Spesis utama yang ditanam untuk pembangunan ladang hutan adalah getah, akasia, batai, laran dan eucalyptus pellita (sebutan: iukaliptus palita). Pembangunan ladang hutan ini perlu dilakukan bagi memastikan bekalan kayu untuk industri perkayuan dapat dikekalkan dan dijangka dapat menyediakan sebanyak 40,000 peluang pekerjaan untuk pekerja mahir dan separuh mahir.
Dengan pembangunan ladang hutan secara berkekalan ini, desakan permintaan kayu dari kawasan hutan asli dapat dikurangkan dan seterusnya dapat memenuhi keperluan antarabangsa untuk mengurangkan kemusnahan hutan asli (natural forest).






















Leave a Reply