
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dalam ucapan penggulungan sidang DUN Penggal kelima, sekaligus menjawab soalan tolol Adun Merotai, yang bertanya berkenaan tatakelola pengurusan sumber mineral dan mencadangkan pengurusan SMM diserahkan kepada syarikat milik kerajaan seperti Yayasan Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Hajiji menjelaskan sememangnya SMM merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Sabah.
Tak kan Adun Merotai tidak tahu, walhal bekas Pembantu Menteri Kewangan Sabah, kalau saya tidak silap.
Tindakan kerajaan menarik balik dan membatalkan lesen Mencarigali membuktikan, kerajaan negeri GRS serius menjaga khazanah rakyat.
SMM ditubuhkan untuk menguruskan sektor mineral adalah merupakan langkah strategik bagi memastikan pengurusan sumber mineral dijalankan dengan lebih tersusun, fokus dan berkesan, bagi memaksimumkan potensi dan sumber baharu pendapatan kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Setakat ini, Ahli Lembaga Pengarah SMM melalui syor oleh pihak pengurusan syarikat, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan 26 Lesen Mencarigali (Prospecting License PL) selaras dengan Seksyen 6 Ordinan Perlombongan Sabah 1960 untuk tempoh dua (2) tahun. Daripada 26 Lesen Mencarigali (PL) tersebut 2 PL telah ditarik balik sendiri oleh pemegang lesen, 1 PL telah dibatalkan dan 4 PL telah luput tempoh dan atas beberapa sebab seperti tiada kemajuan eksplorasi yang signifikan dalam tempoh 2 tahun oleh pemegang lesen, ada yang tidak mendapat persetujuan daripada pemegang SFMLA dan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan untuk memasuki kawasan tersebut dan selebihnya berada dalam Totally Protected Area (TPA) berada dalam kawasan tadahan air sensitif. Manakala, 19 PL masih berkuat kuasa. PL ini hanyalah bertujuan untuk mencari gali sama ada terdapat jumlah mineral yang ekonomik untuk dilombong. Sebarang permohonan untuk Mining Lease untuk operasi perlombongan hanya akan diputuskan setelah dibuktikan terdapat mineral yang bernilai untuk dibangunkan hasil daripada dapatan daripada kerja-kerja Prospecting License. Kepentingan Kerajaan Negeri akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum Mining Lease dikeluarkan.





















Leave a Reply