Ucapan Penggulungan Sidang DUN Penggal Kelima – SMM, SFI, Tanah dll

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, dan Salam Malaysia MADANI.

Tuan Speaker,

1. Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2025 yang bertemakan “Sabah Makmur Rakyat Sejahtera” telah berjaya dibentangkan dan dibahaskan dengan bernas di Dewan yang mulia ini.

2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam mengutarakan pelbagai isu dan saranan dalam perbahasan belanjawan kali ini serta sokongan padu terhadap Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2025. Isu-isu dan saranan yang telah dibangkitkan akan diteliti dengan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini terpelihara. Di samping itu, kita harus melipatgandakan usaha agar pembangunan dan kemajuan negeri ini dapat ditingkatkan.

3. Kerajaan Negeri amat perihatin dan sentiasa mengambil berat tentang isu-isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat terutama sekali bagi isu-isu yang berkaitan dengan Jabatan Ketua Menteri. Dengan itu, izinkan saya menjawab beberapa isu yang telah diutarakan oleh Ahli- Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan.

Muka Surat 2/22

ISU SFI

Tuan Speaker,

4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Senallang serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk membatalkan Perjanjian Lesen Sabah Forest Industries (SFI) bermula 1 September 2021 atas dasar kepentingan awam kerana syarikat SFI yang dibeli oleh Ballarpur Industries telah diisytiharkan muflis dan tidak lagi mengusahakan kawasan lesen tersebut. Atas dasar kepentingan awam juga, geran-geran tanah SFI yang berkeluasan 12,348.8 hektar telah diambil balik (acquired) dan diberi hak milik kepada Kumpulan Yayasan Sabah. Manakala, seluas 238,563 hektar kawasan konsesi SFI telah dilesenkan semula kepada tiga (3) pelesen Sustainable Forest Management Lisence Agreement (SFMLA) di mana Kerajaan

Muka Surat 3/22

Negeri mempunyai kepentingan ekuiti 15% melalui Chief Minister Incorporated (CMI) dan Yayasan Sabah.

5. Skim Penggunaan, Pemprosesan, Pengurusan, Penyelidikan dan Pembangunan Pemuliharaan Kayu Hutan Lestari Daerah Sipitang adalah nama bagi skim tujuan awam di mana tanah-tanah bekas SFI telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri Sabah.

6. Mengenai status kayu tanaman akasia dalam kawasan SFI tersebut (tanah bergeran), kebenaran membalak telah diberikan kepada pihak Yayasan Sabah bagi membolehkan kayu-kayu akasia yang ditanam di kawasan geran tanah tersebut dibalak, berikutan terdapat kes jangkitan kulat yang menyerang pokok tanaman di kawasan tersebut. Proses penuaian pokok perlu disegerakan untuk mengeluarkan pokok-pokok tanaman yang dijangkiti kulat tersebut bagi membolehkan penanaman pokok baharu dijalankan. Penyakit

Muka Surat 4/22

kulat yang menyerang pokok tanaman akasia ini memerlukan penuaian segera bagi mengelakkan penyebaran jangkitan ke kawasan yang lain. Setakat 3 November 2024, pembalakan telah dilaksanakan di kawasan seluas lebih kurang 1,921.33 hektar dan pihak Yayasan Sabah akan menjalankan penanaman semula di kawasan tersebut dengan kos penanaman lebih kurang RM12,000.00 sehektar.

ISU PERLOMBONGAN

Tuan Speaker,

  1. Ahli Yang Berhormat dari Merotai telah menyentuh isu berkenaan tatakelola pengurusan mineral dan turut mencadangkan untuk menyerahkan pengurusan mineral kepada syarikat milik kerajaan seperti Yayasan Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, ingin saya menjelaskan bahawa Sabah Mineral Management

Muka Surat 5/22

Sdn. Bhd. (SMM) adalah merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Negeri.

8. SMM ditubuhkan untuk menguruskan sektor mineral adalah merupakan langkah strategik bagi memastikan pengurusan sumber mineral dijalankan dengan lebih tersusun, fokus dan berkesan, bagi memaksimumkan potensi dan sumber baharu pendapatan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

9. Setakat ini, Ahli Lembaga Pengarah SMM melalui syor oleh pihak pengurusan syarikat, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan 26 Lesen Mencarigali (Prospecting License PL) selaras dengan Seksyen 6 Ordinan Perlombongan Sabah 1960 untuk tempoh dua (2) tahun. Daripada 26 Lesen Mencarigali (PL) tersebut 2 PL telah ditarik balik sendiri oleh pemegang lesen, 1 PL telah dibatalkan dan 4 PL telah luput tempoh dan atas beberapa sebab seperti tiada kemajuan eksplorasi yang signifikan dalam tempoh 2 tahun oleh

Muka Surat 6/22

pemegang lesen, ada yang tidak mendapat persetujuan daripada pemegang SFMLA dan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan untuk memasuki kawasan tersebut dan selebihnya berada dalam Totally Protected Area (TPA) berada dalam kawasan tadahan air sensitif. Manakala, 19 PL masih berkuat kuasa. PL ini hanyalah bertujuan untuk mencari gali sama ada terdapat jumlah mineral yang ekonomik untuk dilombong. Sebarang permohonan untuk Mining Lease untuk operasi perlombongan hanya akan diputuskan setelah dibuktikan terdapat mineral yang bernilai untuk dibangunkan hasil daripada dapatan daripada kerja-kerja Prospecting License. Kepentingan Kerajaan Negeri akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum Mining Lease dikeluarkan.

  1. Saya juga ingin menyentuh sedikit berhubung isu yang hangat diperkatakan mengenai pengurusan mineral. Laporan berkaitan perkara tersebut telah pun diserahkan oleh pihak

Muka Surat 7/22

SMM kepada pihak berwajib. Kerajaan Negeri menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang unsur salah laku atau penyalahgunaan kuasa. Bagi maklumat yang terperinci, saya tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut kerana kes ini sedang dalam siasatan oleh pihak yang berwajib dan sebarang kenyataan boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

11. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, saya ingin memberi jaminan bahawa pengurusan pentadbiran baharu SMM adalah teratur dan mengikut tadbir urus yang baik (good governance). Semua pertimbangan dan kelulusan diputuskan melalui Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.

Muka Surat 8/22

ISU PENGURUSAN MINERAL

Tuan Speaker,

12. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Senallang, emas yang ditahan di Lapangan Terbang Tawau pada 6 Februari 2024 telah dikembalikan kepada syarikat operator lombong kerana tiada pelanggaran di bawah undang-undang Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

ISU TANAH DAN PEWARTAAN

Tuan Speaker,

13. Tanah merupakan antara isu yang dibahaskan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat melibatkan kawasan masing- masing. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) sentiasa peka dan berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan setiap permohonan berkaitan tanah dan melaksanakan pengukuran Program PANTAS di seluruh daerah di negeri Sabah.

14. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian, Jabatan Tanah dan Ukur akan menjalankan pemeriksaan dan pengesahan di lapangan secara berperingkat bermula pada awal tahun 2025 di 10 buah kampung yang disenaraikan di kawasan DUN Kadamaian.

15. Ahli Yang Berhormat dari Kapayan pula telah memohon untuk mempercepatkan penyerahan geran tanah adat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah memberi keutamaan kepada pemberimilikan tanah adat melalui Program PANTAS sejak tahun 2011. Setakat 31 Oktober 2024 sebanyak 233,043 geran tanah anak negeri NT/FR berkeluasan 1,225,088 hektar telah dikeluarkan yang mana merupakan 45% keluasan keseluruhan geran tanah yang berdaftar di Sabah, berbanding

Muka Surat 10/22

dengan pada tahun 2011 iaitu seluas 477,171 hektar ataupun 25% sahaja daripada keluasan keseluruhan geran tanah yang berdaftar.

16. Ahli Yang Berhormat dari Segama telah membangkitkan isu pewartaan kawasan kediaman anak negeri di Kg. Unta, Kg. Pancuran, Kg. Wawasan I dan II, Kg. Damai I dan II serta Kg. Dusun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Segama, pewartaan kawasan kediaman anak negeri bagi kampung- kampung tersebut tidak dapat dipertimbangkan kerana termasuk dalam tanah bergeran dan kawasan tadahan air.

ISU PERHUTANAN

Tuan Speaker,

17. Hutan adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan manusia,

Muka Surat 11/22

selain mempengaruhi iklim setempat dan menyediakan habitat pelbagai spesis tumbuhan, haiwan dan serangga. Oleh kerana itu juga, Ahli-Ahli Yang Berhormat turut terpanggil untuk membangkitkan isu berkaitan perhutanan.

18. Ahli Yang Berhormat dari Senallang telah mengemukakan pertanyaan berkaitan tiada penanaman semula pokok dalam kawasan hutan simpan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, melalui Action Plan on Forest Plantation Development (2022-2036), Kerajaan Negeri telah mensasarkan untuk membangunkan seluas 400,000 hektar kawasan ladang hutan (Industrial Timber Plantation – ITP) dalam kawasan hutan simpan yang telah dikenal pasti terosot, dalam tempoh 20 tahun bermula tahun 2022 hingga 2036. Setakat bulan Oktober 2024, seluas 180,901 hektar kawasan ladang hutan telah berjaya dibangunkan (bagi tahun 2024 sahaja, seluas 3,328 ha kawasan ladang hutan telah dibangunkan). Spesis utama yang

Muka Surat 12/22

ditanam untuk pembangunan ladang hutan adalah getah, akasia, batai, laran dan eucalyptus pellita (sebutan: iukaliptus palita). Pembangunan ladang hutan ini perlu dilakukan bagi memastikan bekalan kayu untuk industri perkayuan dapat dikekalkan dan dijangka dapat menyediakan sebanyak 40,000 peluang pekerjaan untuk pekerja mahir dan separuh mahir. Dengan pembangunan ladang hutan secara berkekalan ini, desakan permintaan kayu dari kawasan hutan asli dapat dikurangkan dan seterusnya dapat memenuhi keperluan antarabangsa untuk mengurangkan kemusnahan hutan asli (natural forest).

19. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Nabawan, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Hasil Bumi dan terdiri daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur dan Kementerian Kewangan untuk mengenal pasti jalan-jalan yang termasuk

Muka Surat 13/22

  1. Kerajaan Negeri berharap agar kesemua jalan yang telah dikenal pasti akan diwartakan ini melalui Seksyen 14 Enakmen Hutan 1968 yang mengiktiraf hak dan keistimewaan penduduk kampung yang menggunakan jalan-jalan yang melalui hutan simpan untuk memasarkan hasil pertanian atau akses utama mereka untuk mendapatkan kemudahan kesihatan, pendidikan, dan lain-lain ke daerah yang berhampiran serta bagi membolehkan peruntukan pembangunan yang sewajarnya dapat disalurkan untuk tujuan penyelenggaraan.
  2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Silam, Sebatik dan Tungku, Kerajaan Negeri sememangnya amat prihatin kepada rakyat yang telah tinggal dalam kawasan hutan simpan sejak sekian lama tanpa jaminan pemilikan tanah. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri telah membubarkan kawasan hutan simpan yang telah lama didiami oleh rakyat untuk tujuan penempatan dan eksasais ini telahpun pernah dijalankan

Muka Surat 15/22

sebelum ini. Ini termasuklah sebahagian kawasan Hutan Simpan Tg. Tumunong Hallu, Kelas I seluas 140 hektar melibatkan Kg. Seri Aman dan Kg. Silam di Hutan Simpan Silam Kelas I seluas 56 hektar di daerah Lahad Datu.

22. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua cadangan pembubaran bagi kampung-kampung yang termasuk dalam kawasan hutan simpan akan dikaji dan diperiksa secara terperinci di lapangan oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Pemeriksaan dan pengesahan semula maklumat penduduk melalui Social Baseline Survey akan dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Sabah di kesemua kampung-kampung tersebut, sebelum keputusan lanjut dibuat. Cadangan ini juga akan dibincangkan dengan lebih terperinci melalui mesyuarat Jawatankuasa Hutan Simpan Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Hasil Bumi.

Muka Surat 16/22

ISU PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Tuan Speaker,

  1. Isu penyampaian perkhidmatan adalah merupakan antara isu yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat dari Bongawan bersetuju dengan cadangan Kerajaan mengkaji semula gaji perkhidmatan awam, termasuk bagi penjawat awam bergaji hari. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah menaikkan kadar upah Pekerja Sambilan Harian (PSH) di peringkat Perkhidmatan Awam Negeri berkuat kuasa pada 1 Disember 2024. Kadar upah Pekerja Sambilan Harian bagi kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dinaikkan daripada RM44.00 sehari kepada RM75.00 sehari atau RM1,725.00 sebulan, kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dinaikkan daripada RM54.00 sehari kepada RM80.00 sehari atau RM1,840.00 sebulan, kelayakan

Muka Surat 17/22

akademik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Diploma telah dinaikkan daripada RM72.00 sehari kepada RM85.00 sehari atau RM1,955.00 sebulan dan kelayakan akademik Ijazah telah dinaikkan daripada RM100.00 sehari kepada RM105.00 sehari atau RM2,415.00 sebulan.

24. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, gaji minimum swasta kepada RM1,700.00 telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Oktober yang lalu dan akan dilaksanakan bermula Februari 2025. Kerajaan Negeri akan memaklumkan pihak swasta sebaik sahaja perintah dibuat dan dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan kelak.

25. Ahli Yang Berhormat dari Bugaya telah menyentuh isu perkhidmatan awam khususnya Kehakiman agar peluang pelantikan diutamakan ke atas orang-orang Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Sabah sememangnya sentiasa berjuang bagi

Muka Surat 18/22

memastikan anak-anak Sabah dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, termasuklah jawatan-jawatan kehakiman.

26. Merujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS), walaupun Jabatan ini di bawah seliaan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), namun terdapat rundingan dan usahasama untuk menyelaras semua isu termasuklah isu perjawatan. Keutamaan pengisian jawatan dan penempatan pegawai adalah diberi kepada pegawai yang merupakan anak tempatan negeri Sabah.

ISU MENOKTAHKAN KEMISKINAN

Tuan Speaker,

27. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Tungku, dalam usaha bagi memastikan tiada sesiapa yang tercicir dalam Program Menoktahkan

Muka Surat 19/22

28. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Gum-Gum dan Tungku, mengenai status jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) miskin dan miskin tegar di dalam kawasan DUN Gum-Gum dan Tungku setakat September 2024 adalah seperti yang berikut:

DUN

Gum-Gum

Tungku

Miskin

(KIR)

644

1,285

Miskin Tegar

(KIR)

73

89

Jumlah (KIR)

717

1,374

*Senarai nama akan diserahkan kepada pejabat ADUN.

PENUTUP

Tuan Speaker,

29. Kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, mana-mana soalan yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis.

30. Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan isu-isu berkaitan dengan Jabatan Ketua Menteri. Dalam usaha merealisasikan matlamat dan hasrat Kerajaan Negeri untuk membawa negeri ini terus maju ke hadapan, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama memikul tanggungjawab dengan lebih komited dan dedikasi demi mencapai aspirasi rakyat negeri Sabah.

Muka Surat 21/22

  1. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada mereka yang beragama Kristian dan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada semua Ahli Yang Berhormat.

Sekian dan terima kasih.

Muka Surat 22/22

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading