Sememangnya pun, berdasarkan kenyataan dan tindakan agresif yang diambil oleh si Jontih, macam SMM itu miliknya atau milik bapanya. Sedangkan makan gaji jak pun, sewajarnya jika kerajaan negeri tidak bersetuju dengan plan walaupun sudah berjalan, maka si Jontih kena akurlah. Adat berniaga pula, untung rugi menjadi fitrah.
Tapi yang dilakukan sebaliknya, kerna itu dengan mudah kita nampak si Jontih dalam genggaman si Albert Teo seorang kartel dari Malaya.
Percayalah, si Jontih ni andai dibisikkan suruh membunuh pasti dia lakukan. Jika tidak akan menerima tuduhan sama seperti yang mereka lakukan pada kerajaan GRS hari ini.
Paling keras seperti tindakan Ketua Yakuza keatas pengikutnya. Jangan tidak tahu, perniagaan si Albert sendiri terlibat dengan aktiviti pemerdagangan orang.
Kartel dadah Malaysia ada yang menyandangnya, title Kartel projek kita anugerahkan pada si Albert Tie, kroni UMNO dari Pahang.

Saya ikuti video clip yang dikelurkan oleh Malaysiakini dan diviral di banyak tempat tentang ‘interview’ bekas CEO SMM, Tuan Jontih.
Jelas bukan sahaja Jontih telah melanggar deklarasi dan aku janji yang semua staff SMM telah tandatangani ketika masuk kerja di SMM, tapi banyak cakap bohong yang keluar dari mulut dia.
Sebagai staff SMM, sebenarnya saya bersyukur semua benda ini keluar kerana terlalu banyak kerosakan yang Jontih buat di SMM dengan pakatan beliau yang konon beliau perkenalkan kepada kami sebagai ‘investor’ iaitu Dato’ Albert Tei.
Saya bersyukur apabila Ketua Menteri dan BOD SMM memutuskan tidak meneruskan kontak perkhidmatan Jontih. Namun sebelum ini saya tidak puas hati kalau Jontih terlepas begitu saja.
Saya juga gembira apabila saya mendengar seorang manager kanan menyatakan sebaik Jontih ditamatkan kontrak, Ketua Menteri telah mengarahkan siasatan internal dibuat untuk melihat rekod-rekod pengurusan termasuk SOP kelulusan Prospecting Licence (PL).
Banyak salah laku yang dimastermind oleh Jontih. Menipu BOD dengan tidak memberikan laporan yang tepat tentang status due diligence syarikat-syarikat yang memohon PL. Begitu juga Jontih mengarahkan perubahan nama-nama syarikat yang telah diputuskan BOD dengan memasukkan syarikat-syarikat yang saya yakin beliau ada kepentingan.
Paling penting Jontih akan melindungi dan memastikan syarikat-syarikat yang dibawa oleh Dato’ Albert Tei akan mendapat PL, sama ada melalui pemalsuan laporan ‘due diligince’ atau ‘menyisip’ nama syarikat dalam senarai yang telah diluluskan BOD.
Saya yakin Jontih dan Dato’ Albert Tei mencatur untuk menguasai PL-PL ekplorasi mineral di Sabah sejak dari awal proses penubuhan SMM lagi.
Apa yang saya nampak, Jontih dan Albert menggunakan ‘data teknikal’ yang mereka miliki yang sepatutnya dokumen rahsia tentang kawasan-kawasan yang ada reserve pelbagai jenis mineral di Sabah dan mencatur syarikat yang memohon.
Jontih dan Albert yang mengatur penyediaan surat-surat permohonan PL dengan maklumat kawasan yang dipohon dan mencari pelbagai pihak termasuk para YB untuk membawa permohonan rasmi ini sama ada kepada Ketua Menteri untuk mendapatkan minit supaya dipertimbangkan dalam Mesyuarat BOD atau memohon secara langsung kepada SMM dan kemudian Jontih arah untuk dimasukkan dalam BOD.
Data teknikal yang dimiliki ini mereka gunakan untuk mencatur pengeluaran PL di Sabah. Sebelum ini saya pernah bercakap dengan orang yang ada akses kepada Ketua Menteri untuk sampaikan perkara ini. Orang berkenaan ada cakap yang Ketua Menteri sebut memang ada pihak lain juga cakap kepada beliau, dan dia sendiri rasa lain kerana banyak permohonan yang datang lengkap dengan senarai lengkap maklumat kawasan yang beliau rasa ada ‘orang dalam’ terlibat.
Saya yakin orang yang konon minta perlindungan ‘whistleblower’ itu adalah Dato’ Albert Tei, dan DIALAH DALANG DAN PERASUAH SEBENAR. Saya tidak pasti Jontih ini adalah alat beliau, yang pasti Jontih terlibat secara langsung dalam konspirasi untuk membolot industri khazanah mineral di Sabah dengan rasuah dan tipu daya.
Staff SMM
13 Nov 2024




















