
Rupanya tuduh rasuah yang di tokok tambah oleh pihak WARISAN dan UMNO, lalu dihalakan kepada GRS didalangi kartel projek dari Malaya.
Gerakan kartel dimulai oleh Malaysiakini, melalui artikel yang mendedahkan rakaman suara diantara kontraktor dan beberapa Adun yang didakwa dari Sabah.
Sebelum itu UMNO melalui Bung Mokhtar mendakwa syarikat yang dilantik tidak ada pengalaman, berkaitan satu projek. Si Bung mau samakan dengan syarikat konsesi air yang dilantik semasa kerajaan Warisan bha tu, supaya sama sama ada kelemahan. Sebab itulah dia tidak kritik.
Semalam saya menulis satu artikel Rakaman Suara Yang Viral Baru Ini Membabitkan Adun Dot Dot Dot…… artikel ini membayangkan Adun yang terbabit (terbukti benar). Namun jangan hairan andai rakaman suara itu diproses oleh AI.
Ini cerita yang sebenarnya kenapa tiba tiba timbul tuduhan rasuah di Sabah. Sebelum itu suka saya ingatkan, tidak ada salahnya kamu mendengar cerita penyelewengan dari mana mana pihak, asalkan bukan daripada pihak UMNO dan Warisan. Sebab dua pihak ini adalah “Sultan Rasuah” di Malaysia, jika tidak maka kamulah orang paling malang kerana mempercayai maling bertopengkan perjuangan Melayu dan Sabah Ubah.
Semasa kerajaan Warisan, beberapa syarikat konsesi air dan pembalakan dibuang dan diganti dengan syarikat kroni, sampaikan kerajaan negeri GRS terpaksa membayar saman jutaan ringgit. Ini contoh kecil. Jangan tidak tahu perlombongan emas era kerajaan Warisan membabitkan Naib Presiden Warisan, juga skandal yang masih on. Baik, kita teruskan……….
Begini CERITANYA berdasarkan maklumat tersebar di media sosial, saya yakin ia benar. Selepas ini kita tengok siapa yang bakal kena.
Kes berpunya dari pakatan kartel mineral galian yang melibatkan mantan CEO sebuah GLC berkaitan mineral dengan broker bisnes mineral ‘tersohor’ dari Malaya yang terlibat banyak kes termasuk pemerdagangan orang.
Matlamat untuk control industri mineral di Sabah dengan perangkap pelbagai pihak beserta ugutan sogokan supaya semua tunduk kepada mereka.
Pakatan kartel ini ‘memerangkap’ orang politik dan syarikat-syarikat yang juga melibatkan mantan pegawai-pegawai tertinggi Polis dan syarikat-syarikat mineral besar di Semenanjung Malaysia.
Bila pakatan kartel kedapatan, CEO ditamatkan kontrak dan kelulusan2 broker utama dibatalkan.
Now para perasuah ini mengugut pelbagai pihak dan perasuah sendiri cuba berlindung dengan perisai ‘whistleblower’.





















