Ketua Wanita UMNO Papar, Enggan Sabah  Mencontohi Sarawak, Kenapa?

Tidak dinafikan UMNO adalah parti paling tua di Malaysia, makanya berbohong dan tidak ada rasa bersalah dan malu menjadi perkara biasa pada pemimpin UMNO.

Sering kita melihat Pemimpin UMNO dalam ucapan mereka, semakin tua semakin kuat temberang dan yang  paling bodoh sanggup bersumpah atas nama Tuhan walaupun bohong.

Macam kenyataan terbaru ketua wanita UMNO Papar yang tidak  bersetuju pada pandangan Setiausaha Agung GRS, Armizan bahwa kalau ingin maju seperti Sarawak maka sikap orang Sabah mesti ikut macam mereka, bertanding dan mengundi wadah parti tempatan. (lebih kurang brgitu)

Namun Ketua Wanita UMNO Papar, tidak bersetuju. Tidak perlu konok menjadi Sarawak untuk pertahan hak.

Sedangkan telah terbukti 30 tahun Sabah menjadi simpanan tetap UMNO tapi negeri dan rakyat Sabah tidak mendapat keadilan, baik hak dalam perjanjian Malaysia 1963 mahupun pembangunan yang dikecapi.

Pokoknya tiada hak Sabah yang berjaya dipertahankan dan diberikan oleh UMNO, malah sehingga hari ini kemiskinan masih menjadi modal pemimpin UMNO walaupun  dikawasan mereka sendiri. Lucu!

Baru baru ini UMNO menubuhkan JKDM di Sabah walaupun bertentang dengan perlembagaan negeri,  untuk kononnya membantu kerajaan GRS membasmi kemiskinan. Pui!

Manusia pun kalau ingin berubah dan maju mesti ada insan berjaya dijadikan role model.

Era kerajaan Dr Mahathir Malaysia memperkenalkan agenda pandang ke tidur atau Jepun bagi membentuk etika bekerja Kesannya empat dekad Malaysia berjaya  menguasai ekonomi Asia.

Tapi pemikiran ketua UMNO Papar agak pelik, seolah olah  ingin melihat negeri dan rakyat Sabah terus  ketinggalan supaya orang Sabah senang dihasut dan balik menyokong UMNO?

Berdekad Sabah berada dalam cengkaman UMNO dari pusat, selama itu juga rakyat Sabah hanya mampu melihat kekayaan Sabah diangkut. Pemimpin Sabah ketika itu terpaksa menjadi pak turut walaupun dasar yang diperkenalkan merugikan negeri Sabah sebaliknya hanya menguntungkan Federal.

Tahu kenapa ketua UMNO Papar begitu cepat membuat bantahan? kerana dia sedar antara faktor menyebabkan Sarawak lebih maju dari banyak negeri lain di Malaysia, adalah kerana disana tidak ada UMNO yang suka atau sering mencetuskan konflik politik hingga menjejaskan pentadbiran satu satu kerajaan negeri.

Untuk makluman pada pilihan raya negeri Sarawak 2021 GPS berjanji memutuskan hubungan politk dengan BN/UMNO, hasilnya GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. PH hanya menang dua kerusi melalui DAP, empat lagi dimenangi PSB.

Kemenangan terbesar sepanjang sejarah pilihan raya negeri Sarawak. 

JADI KITA ORANG SABAH JANGAN KITA DENGAR PENDAPAT PEMIMPIN UMNO, MEREKA TU HANYA MEMENTINGKAN PROJEK. JIKALAU UMNO TIADA DI SABAH, MEREKA JUGA AKAN MERANA. SEBAB POLITIK MEREKA BERGANTUNG PADA PARTI BUKAN DISEBABKAN KEPIMPINAN MEREKA YANG DITERIMA OLEH MASYARAKAT.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading