


KOTA KINABALU: Sabah yakin mampu mencapai sasaran untuk memperluas Kawasan
Perlindungan Sepenuhnya (TPA) kepada 30 peratus daripada keluasan tanah Sabah
atau kira-kira 2.2 juta hektar, menjelang tahun 2025, kata Ketua Menteri, Datuk Seri
Panglima Haji Hajiji Haji Noor
Beliau berkata, pada masa ini Jabatan Perhutanan Sabah sedang mengenal pasti
kawasan seluas lebih kurang 220,000 hektar lagi untuk diwartakan sebagai kawasan
TPA, dalam usaha untuk mencapai sasaran 30 peratus TPA berkenaan.
“Jabatan Perhutanan Sabah telah mencapai pelbagai kejayaan sejak penubuhannya
110 tahun lalu termasuk peningkatan TPA di negeri ini yang telah meningkat kepada 2.0
juta hektar, atau kira-kira 27.3 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah Sabah, pada
masa ini.
“Dalam pada itu, jabatan juga sedang dalam peringkat akhir untuk membuat pindaan
kepada Enakmen Hutan 1968, Pindaan ini penting untuk memodenkan kerangka tadbir
urus hutan Sabah dan perundangan berkaitan perhutanan, untuk memastikan ia selaras
dengan realiti semasa.






















Leave a Reply