Jawaban Dalil Bohong dan Fitnah  Warisan Terhadap Datuk Hajiji Noor

Kita sambung cerita semalam, kononnya dalil yang ditujukan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Saya tidak perasan, rupanya ada dalil tidak logik duduk di atas sekali.

  • Konok tinggalkan USNO untuk sertai UMNO

Jadi apa kok masalahnya kalau seseorang itu meninggalkan parti lama atas sebab yang dibenarkan dalam sistem demokrasi? Shafie itu daripada UMNO, sudah diberikan kedudukan oleh Najib Razak, malah Najib Razak di hentam hingga masuk penjara. Darell Leiking dari parti PKR, PKR yang memperkenalkan Darell sebagai pemimpin politik di Sabah. Begitu juga Junz Wong, menang atas tiket DAP tapi kena bagi sesuatu oleh Shafie tiba tiba isytihar diri menyertai Warisan. Loretto itu juga sama, dari PKR sebelum itu dari PBS kalau tidak silap.

  • Selama 14 tahun konok jadi Menteri KPKT tapi harga rumah mahal

Harga rumah di Sabah sudah lama menjadi perbincangan, bukan hanya dikalangan masyarakat tapi lebih penting dikalangan pemimpin kerajaan negeri Sabah ketika itu. Ada beberapa faktor yang menyebabkannya antaranya kos bahan yang terlalu mahal ia disebabkan sistem kabotaj yang tidak boleh dielakkan. Menghapuskan sistem kabotaj menjadi manifesto Warisan pada pilihan raya 2018 tapi sampai kerajaan Warisan tumbang, sikit pun tidak berubah. Pui!

  • Bawa parti Malaya BERSATU masuk ke Sabah

Malaysia negara demokrasi. Hanya itu caranya untuk menumbangkan kerajaan Warisan, jika tidak  keadaan Sabah akan lebih teruk. Shafie itu hah, bekas Naib Presiden UMNO Malaysia. Pada pilihan raya 2018 Shafie mainkan agenda tolak parti Malaya atau lebih khusus UMNO. Cukup cukuplah konok di Sabah tapi kerajaan Warisan dibentuk atas kerjasama seorang dua wakil wakil rakyat dari BN dan UMNO. Terbaru bekerjasama dengan Ketua UMNO Sabah cuba merompak jawatan Ketua Menteri Sabah dari Datuk Hajiji Noor. Mana hilangnya agenda parti tempatan dan tolak parti dari Malaya?

Tinggal lagi sehingga hari ini pemimpin-pemimpin UMNO tidak bersyukur, mereka lupa tanpa Tan Sri Musa dan Datuk Hajiji yang berjaya menggugat kerajaan Warisan, tidak mungkin UMNO berpeluang hidup seperti hari ini. Bung Mokhtar atau kepimpinan UMNO tidak terlibat pun menggugat kerajaan Warisan, goyang telur dari jauh. Bila pilihan raya negeri 2020, dia yang sibuk minta lebih kerusi berbanding GRS. Pui!

  • Tinggalkan Musa untuk konok sokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah (2019)

Kenyataan yang tidak masuk akal. Sebab Datuk Hajiji dan jemaah lainlah kerajaan Warisan terpaksa dibubarkan tapi Warisan yang kalah teruk. Sendiri bubar sendiri kalah.

  • Khianati Tun M untuk beralih sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin.

Bukan menghianat tapi Shafie yang salah pai, dia tarik sokongan dari (Muhyiddin) Perikatan Nasional, dalam masa sama menolak cadangan melantik Anwar Ibrahim  sebagai Perdana Menteri Malaysia. Shafie ingat dia akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia, menggantikan Tun Mahathir.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading