
Ini kali lah Adun Kunak, Norazlina mendedahkan kaw kaw kegagalan Ahli Parlimen Lahad Datu, Yusof Apdal.
(DUN Kunak dalam Parlimen Lahad Datu)
Adun Kunak mendedahkan Yusof Apdal mengabaikan orang orang yang membantunya mencapai kemenangan dalam pilihan raya Parlimen 2022.
Dalam erti kata sedikit pun nasib mereka tidak terbela, untung ada Adun Kunak membantu dapat juga mengurangkan beban mereka. (Itulah bha yang berlaku kan, kalau tidak untuk apa Adun Kunak bersuara)
Yusof Apdal selaku ahli Parlimen juga gagal membantu masyarakat dan majukan daerah Kunak. Bantuan yang diberikan boleh dihitung dengan jari, ertinya ada tu ada tapi sangat tidak wajar.
Kalau masyarakat Lahad Datu pun tidak terbela apa lagi orang Kunak yang jauh dari mata si Yusof Apdal. Tidak percaya pergi Lahad Datu kamu, bikin kesian oh, langsung tidak ada inisiatif yang diperkenalkan bagi mengurangkan beban mereka.
Kita orang luar pun nampak bha, tidak ada kemajuan yang dibawa Yusof Apdal, sepatutnya ada dan ketara memandangkan dia dalam kerajaan persekutuan, apa lagi berjawatan dalam kerajaan.
Untuk makluman Lahad Datu termasuk dalam senarai daerah termiskin di Sabah.
Kalau dulu ekonomi Lahad Datu sangat rancak, apa lagi kalau hujung bulan. Kerana ketika itu Lahad Datu pesat membangun. Pemaju pun berlumba lumba membina bangunan komersial di sekitar bandar Lahad Datu.
Tapi sejak parti Warisan bertapak disana, ekonomi dan sosial Lahad Datu boleh dikatakan sangat teruk.
Benarlah juga kritikan Adun Lahad Datu. Sepatutnya jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi disandang oleh ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah bukannya Yusof Apdal kerana Innaraissah lebih layak.
Tidak iy juga, masuk 3 tahun sudah si Yusof Apdal menyandang timbalan menteri persekutuan, tapi tidak apa juga.
Rugi orang Lahad Datu kerana mengangkat Yusof Apdal sebagai ahli Parlimen. Rugi orang Sabah secara keseluruhannya kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai jawatan Timbalan Menteri.
Yang saya nampak itu hari, Yusof Apdal membagi bantuan kepada pelajar memasuki Universiti, itupun boleh dikira pakai jari.
Lepas itu membagi alasan tidak masuk akal pasal Lahad Datu daerah termiskin. Alasan apa? sepatutnya berterima kasih pada kerajaan negeri dan agensi yang bertanggungjawab kerana tetap membaiki kerosakan jalan raya dan tidak berapa ketat membenteras kegiatan mencuri air dan karan.
Saya selalu melalui jalan Kunak, nampak bha pembangunan dan kerancakan ekonomi Kunak sejak Adun Kunak menyertai kerajaan GRS. Ada kah dikalangan pemimpin dan laskar Warisan yang berani menafikan dakwaan saya ini?






















Leave a Reply