
Bajet tahun 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas. Mengumumkan Sabah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM6.7 bilion yakni mendapat pertambahan RM100 juta berbanding tahun 2023 hanya +-RM6.6 bilion. Selain pemberian khas RM600 berkaitan 40% hasil Sabah.
Yang ingin saya sentuh berkenaan dakwaan badut Warisan di page mereka. Kononnya Sabah hanya mendapat tambahan RM30 juta, berbanding kononnya Sarawak RM100 juta.
Sedangkan Sabah juga mendapat tambahan RM100 juta dan Sarawak tiada peruntukan khas RM600 juta berbanding kerajaan GRS, Sabah.
Nampaknya kantoi lagi pihak Warisan. Kerap sangat mereka membohong, layak sudah dipanggil kafir kafir pembohong.
Boleh dikatakan semua laskar Shafie adalah pembohong, sama ada kerana mereka memang pembohong atau kerana mereka tiada pengetahuan tentang perkara yang berlaku.
Tapi kamu tengok balik, berapa kerajaan Warisan dapat selama dua tahun lebih. Paling banyak pada bajet 2020 itu pun hanya RM5.16 bilion dan hanya mendapat RM54 juta peruntukan khas.
Untuk makluman bajet 2025 yang menguntungkan Sabah ini, sikit pun tidak membabitkan Warisan walhal Warisan juga kerajaan di peringkat persekutuan. Tidak kiralah ada kah pembabitan itu berbentuk cadangan atau setakat idea tin kosong untuk kebaikan rakyat Sabah, pun tidak ada.
Yang pihak Shafie tahu menafikan apa pun usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri, GRS. Sedangkan dua tahun Warisan menjadi kerajaan negeri, apa yang rakyat Sabah dapat? selain kegiatan jenayah dan ketidakadilan berleluasa, hak orang dicuri menjadi hak kroni dan kerabat Warisan.
Masalah gangguan bekalan air bermula semasa kerajaan Warisan, apa bila gagal membanteras penyambungan paip haram dan yang paling ketara, tidak menyelenggara jalan raya utama, last last kerajaan GRS yang tanggung.
Bekalan Elektrik pun sama, tiada kerja kerja penyelenggaraan. Kerajaan Warisan waktu itu hanya sibuk ingin mengambil SESB dari TNB tapi gagal sebab flip flop, takut dan tidak pandai mentadbir.
Makanya kita mau tanya ke mana bajet 2018 hingga 2020 yang sebanyak RM14.3 bilion dibelanjakan oleh kerajaan Warisan?






















Leave a Reply