Penyata Kewangan Lima Negeri Diberi Pendapat Tanpa Teguran – Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR – Lima negeri menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 yang telah dikemukakan antara Januari hingga Jun 2024.

Beliau berkata, jumlah berkenaan adalah daripada keseluruhan 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang telah dikemukakan.

“Lapan negeri iaitu Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu pula menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) dengan Perenggan Hal-hal Lain (Other Matters),” katanya.

Ketua Audit Negara telah mengemukakan 260 syor untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan, agensi serta syarikat kerajaan negeri. – Bernama

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading